Sangat indah kalau rumah dekat sawah padi.
Berangin lepastu boleh tengok padi menguning.
Pernah tengok macam mana rupa pokok padi?
Orang dulu-dulu cakap, padi semakin berisi, semakin tunduk.
Berisi tu beras lah tu.
Nasi ni adalah beras yang ditanak atau dikukus.
Kenapa kena tanak dulu beras?
Untuk bangkitkan aroma dan buatkan nasi lembut tapi masih terjaga khasiatnya.
Nasi ni memang makanan ruji di negara kita.
Sebut je Malaysia…nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi kuah gulai.
Pelik lah kalau ada yang cakap dia tak makan nasi kan.
Kalau pergi ke negara China, Korea mahupun Jepun.
Seringkali dihidangkan nasi dalam mangkuk.
Negara-negara Asia memang kebanyakan jadikan nasi ni sebagai makanan ruji.
Tapi memang ada yang tak boleh makan nasi tau.
Ni fakta bukan auta. Makan sikit je badan tak boleh terima, muntah muntah.
Ada ramai yang cuba mencari alternatif untuk kurangkan jumlah nasi yang dimakan.
Caranya ganti dengan sumber lain.
Yang ‘alergi’ kepada nasi juga berikhtiar.
Biar badan dapat keperluan nutrien secukupnya.
Nasi ni memang sangat diketahui manfaatnya.
Iaitu sebagai sumber tenaga.
Tapi ingat.
Kandungan karbohidrat dalam nasi ni tinggi.
1- Bunga kubis
Bunga kubis ni rupanya lebih kurang sama dengan brokoli.
Tekstur bunga kubis agak berbintil keras berbanding brokoli.
Bunga kubis ni sangat ideal untuk yang sedang berdiet.
Kalau nak kenyang lebih lama, bunga kubis ni boleh makan sama portion dengan nasi.
Mengandungi karbohidrat dan kalori yang rendah.
Bukan itu jer, bunga kubis punyai rasa yang ringan.
Indeks Glisemik (GI) bunga kubis ni dalam kategori GI rendah.
Berbanding nasi yang tergolong dalam GI tinggi.
Tekstur pun hampir serupa dengan nasi.
2- Jagung
Jagung ni sememangnya pengganti nasi yang lebih baik.
Sebab kadar GI lebih rendah berbanding nasi putih biasa.
Fungsi paling utama jagung adalah sebagai sumber kalori.
Sebab tu sesuai sangat sebagai makanan alternatif gantikan nasi putih.
Jagung kaya dengan vitamin B1.
Untuk penyerapan karbohidrat dalam tubuh.
Selain vitamin B5 dan C untuk fungsi dalaman organ.
Sebagai makanan tinggi serat, jagung ni mampu turunkan kadar kolesterol.
Serta kadar gula dalam darah. Juga kurangkan risiko kanser usus besar.
3- Ubi keladi
Bagi yang utamakan kesihatan dan tak mahu berat badan naik.
Aneka jenis ubi ni boleh gantikan nasi.
Berbalik pada zaman dulu dulu.
Bukan senang nak dapatkan beras. Jadi orang kampung tanam ubi sebagai pengganti nasi.
Ubi keladi pula ada banyak jenis; keladi telur, keladi Thailand, keladi cina.
Mengandungi zat besi, kalium, fosforus dan tiamin.
Banyak terdapat di kawasan tanah gambut.
Ubi keladi ada banyak zat mineral dan vitamin.
Sememangnya sumber karbohidrat baik untuk badan.
4- Ubi keledek
Aneka jenis ubi ni ada banyak;
Ubi Jepun, ubi kayu, ubi kentang, ubi sengkuang.
Ubi keledek ni ada kandungan vitamin B6 yang tinggi.
Juga kaya vitamin D, magnesium dan zat besi yang signifikan untuk badan.
Semua jenis ubi ni adalah karbo kompleks.
Ubi keledek bantu atasi rasa lapar dan ‘craving’ terhadap makanan manis.
Gantikan nasi dengan ubi keledek ni memang boleh bekalkan tenaga seharian.
Jadi, ideal untuk yang sedang diet atau tak.
5- Buah sukun
Buah sukun ni saya suka makan.
Kebanyakan orang tak familiar sangat dengan sukun.
Tengok sekilas pandang macan nangka ataupun cempedak.
Tapi tak bujur, bulat je buahnya.
Kulitnya berbintil. Itu jer sama.
Kalau negara Barat, sukun ni dipanggil sebagai breadfruit.
Mungkin sebab kalau goreng teksturnya lebih kurang macam roti sebab tu nama buah roti.
Zaman dulu-dulu orang di kampung jer yang kenal sukun ni.
Tapi sekarang khasiatnya yang luarbiasa semakin diketahui ramai.
Dan sukun ni juga dikatakan mampu jadi makanan alternatif.
Bagi gantikan nasi pada masa akan datang.
Sukun boleh diurai jadi tepung untuk buat mi sukun.
Boleh bantu pencernaan, antioksidan untuk halang radikal bebas dan bagus untuk kulit.
6- Kacang soya
Kacang soya ni jadi pilihan makanan pengganti nasi sebab lebih murah dan senang diolah.
Kekacang lain seperti kacang hijau dan kacang merah.
Juga sesuai dijadikan pengganti nasi atas khasiat yang sama.
Tapi tiada masalah pun nak tukar selera sekali sekala.
Nasi ni bukannya satu-satunya sumber karbohidrat.
Selain sumber karbohirat, kacang soya juga adalah sumber protein.
Sama saja seperti protein dalam ikan.
7- Ubi kayu
Akhir sekali, ubi kayu ni sama seperti ubi keladi tadi. Aneka jenis ubi karbo kompleks.
Kalau zaman moyang saya dulu-dulu, ubi kayu ni adalah makanan asas.
Sungguh sedap kalau makan dengan kelapa parut muda ketika musim hujan.
Selain dijadikan tepung, antara khasiat ubi kayu termasuk,
Sumber kalori, serat, vitamin B6, protein, kalsium, fosforus dan zat besi.
Berfungsi untuk kurangkan risiko penyakit kardiovaskular serta bantu mengawal diabetes.
Pokoknya,
Kita kena selalu ingat, kesihatan yang baik datang daripada pemakanan yang baik.
Itulah realiti.
Waktu sekarang ni kita selalu dimomokkan dengan kononnya.
Mitos tentang sesuatu makanan tanpa kita ketahui akan fakta sebenar.
Banyak je soalan saya dapat seperti pantang larang makanan.
Tak boleh makan ini sebab risiko untuk itu dan macam-macam.
Tapi sebenarnya, cara dan kuantiti pengambilan makanan mainkan peranan.
Kalau boleh elak, elakkan.
Kalau tak boleh, kurangkan. Mudah bukan?
.
.
.
P.S:
Sudahkan Tuan Puan cuba Coco OCOC?
Minuman dark chocolate bernutrisi tinggi untuk OTAK.
Bebas pengawet, perasa dan pewarna tiruan.
Dapatkannya sekarang di SAYA NAK COCO OCOC
#DrRizal