5 Khasiat Ikan Siakap Ramai Tak Tahu

Pernah tular di media sosial mengenai isu ‘siakap kayangan Langkawi’ yang mencecah hampir dua ribu ringgit

Ikan siakap dengan berat lebih kurang 8 kilogram. Saiz yang dianggap besar daripada biasa jika nak dibandingkan dengan siakap di supermarket.

Katanya, mahal sebab spesisnya. Ada juga sebab beratnya. Ada juga dakwaan katanya siakap diternak sendiri dan umurnya sudah cecah belasan tahun

Ini berdasarkan apa yang saya cedok di media sosial.

Hmm agak-agak berbaloi tak makan ikan sampai seribu, dua ribu?

Mungkin ya mungkin tidak. Bergantung kepada spesis ikan, rasa dan kualiti kesegaran.

Mungkin jika spesisnya rare maka harganya pun rare. Tambah lagi bila ikan tu nyawa masih dikandung badan. Terlalu fresh

Ketika itu saya baru saja pulang dari mengerjakan umrah. Alhamdulillah selesai sudah.

Jadi, saya buat sedikit kajian mengenai ikan siakap viral ni.

Saya yakin mesti ada yang tertanya-tanya macam mana lah ikan siakap boleh cecah sampai ribuan ringgit.

Saya tidak mahu menyentuh dengan lebih terperinci mengenai isu tersebut.

Bagi saya, ia terpulang kepada kita kerana kita boleh buat pilihan. Kalau nak makan dan mampu, boleh try.

Kalau tak mampu, cari yang harganya lebih berpatutan.

Bila kita ingin makan di restoren, pastikan kita tanya terlebih dahulu mengenai harga.

Jangan main duduk dan main order. Bila keluar resit, mulalah complain. Confirmkan dulu harga, baru order

Saya nak jelaskan mengenai jenis ikan siakap yang ada di dalam dunia serta 5 khasiat power yang ada padanya.

.

.

.

11 Jenis Ikan Siakap

Kalau pergi supermarket, kita biasa tengok satu jenis ikan siakap seperti gambar di bawah:

Tapi tahukah bahawa ikan siakap ni ada sekurang-kurangnya 11 jenis tau dalam dunia ni!

Namanya dalam bahasa Inggeris silih berganti. Bergantung kepada negara. 

Namun, ada yang mengatakan bahawa barramundi dan seabass ni sebenarnya berlainan.

Kenapa? Sebab persekitaran hidup.

Barramundi hidup di air tawar dan air masin manakala seabass ni hidup dalam laut sahaja

Namun, dua-dua ni adalah daripada spesis yang sama iaitu catadromous,

Catadromous – spesis yang habiskan hampir keseluruhan waktunya di air tawar, namun berhijrah ke laut untuk membiak

Antaranya;

  1. Giant seaperch
  2. Black seabass
  3. Silver barramundi
  4. Australian seabass
  5. White seabass
  6. Silver jack
  7. Barramundi
  8. European seabass
  9. Japanese seabass
  10. Nile perch
  11. Bigeye seabass

Yang paling common di Malaysia iaitu ikan siakap putih. Biasa tengok di Tesco. Dalam kategori seabass.

Ikan siakap paling famous di Australia dan merupakan hidangan ikonik yang digemari oleh rakyat di sana.

Uniknya, ikan siakap mampu hidup di dalam air masin dan air tawar.

Diet utama ikan siakap dewasa termasuk anak-anak ikan, udang kecil dan serangga kecil.

Ikan siakap muda makan zooplankton.

Ikan siakap mempunyai isi yang berkeping, lembut dan berwarna putih. Isinya tidak terlalu mudah lerai. Rasanya sungguh sedap.

Bau siakap juga tidak kuat seperti salmon.

Bermacam jenis juadah boleh dibuat. Siakap tiga rasa, siakap stim lemon, siakap masam manis, siakap bakar.

.

.

.

Ikan Siakap Paling ‘Eco-Friendly

Tidak dapat dinafikan bahawa ikan siakap ni senang diterima oleh majoriti mulut rakyat Malaysia.

Bau, rasa dan teksturnya sangat sesuai dengan selera tekak orang kita. 

Ini menjadikannya ikan yang ideal bagi mereka yang cerewet tentang makanan laut.

Ikan siakap mempunyai kandungan lemak sederhana. Jadi, hampir mustahil untuk ikan ini terlebih masak.

Dengan separuh kalori salmon, ikan siakap masih penuh dengan asid lemak Omega-3

Yang sememangnya terkenal untuk menggalakkan kesihatan otak dan kardiovaskular.

Yang paling menarik tentang ikan siakap ni adalah Omega-6 nya yang rendah. Zat ini memang perlu diambil secara sederhana.

Disebabkan oleh sifatnya yang inflammatory.

Untuk dewasa, pakar nutrisi mengesyorkan nisbah Omega-3:Omega-6 tidak lebih daripada 3:1.

Ikan siakap mempunyai nisbah paling ideal iaitu 1:1.

Khasiat lain termasuk lemak sihat, protein, vitamin D, vitamin A, natrium dan kalium.

.

.

.

Ikan Siakap Bebas Bahan Kimia

Sifat semula jadi ikan siakap iaitu tahan lasak. Boleh diternak di mana-mana.

Sifatnya yang adaptif sama ada dalam akuarium, dalam sungai atau dalam laut.

Ikan ini gagah menyelusuri segala halangan. Tak manja macam ikan lain yang perlukan perhatian khas.

Sekali gus membolehkannya diternak tanpa penggunaan hormon injection, antibiotik atau sebarang bahan kimia seperti pengawet mayat.

Kandungan bahan kimia semula jadi dalam ikan siakap seperti merkuri dan PCBs juga agak rendah berbanding ikan lain

.

.

.

Ikan Siakap Bantu Turun Berat

Lemak dalam ikan siakap adalah separuh daripada ikan salmon

Dan masih menyediakan jumlah nutrien yang cukup contohnya mineral dan protein.

Khasiat lain dalam ikan ini mampu turunkan kadar lemak berlebihan dalam badan. Sesuai untuk yang ada masalah berat badan.

Omega-3 juga boleh redakan keradangan dan kadar stres dalam badan yang menyumbang kepada kenaikan berat.

Harga salmon atau tuna dikira agak mahal jika nak dibandingkan dengan ikan siakap.

Kalau yang tengah diet tu sesuai sangatlah makan ikan siakap. Sedap pun sedap. Siap boleh ganti daging merah.

.

.

.

Ikan Siakap Penyelamat Jantung

Apa penyebab penyakit jantung? Apabila jantung hilang keupayaan untuk mengepam darah ke seluruh badan.

Keseimbangan asid lemak omega-3 dan omega-6 dalam ikan siakap mampu mengatasi masalah berkaitan jantung

Ikan siakap bantu untuk mengimbangi paras kolesterol baik dan kolesterol buruk.

Sekali gus mampu untuk cegah atherosclerosis iaitu,

Penebalan arteri disebabkan pembentukan plak (bahan berlemak, kolesterol, kalsium dan fibrin) pada lapisan dalam arteri

Juga mencegah obesiti, dan penyakit jantung koronari.

.

.

.

Ikan Siakap ‘Boost’ Metabolisma

Kalau mereka yang mempunyai berat badan berlebihan, antara ikan dengan ayam yang mana lebih membantu penurunan badan lebih cepat?

Tapi kena ingat. Setiap nutrisi perlu diambil secara seimbang.

Rujuk dietitian atau nutritionist sebelum memulakan diet long-term.

Ada kajian dalam jurnal Nutrition, Metabolism, and Cardiovascular Diseases (2020) di mana,

Memilih ikan mampu menjadi alternatif sihat berbanding sumber ayam untuk kurus

Ikan menggalakkan penurunan berat lebih cepat

Ini disokong dengan kajian di mana peserta yang hanya makan ikan dalam tempoh 8 minggu mencatatkan penurunan berat lebih cepat berbanding yang tidak

Kajian itu juga menjelaskan bahawa protein ikan bantu badan kekal kenyang untuk tempoh yang lebih lama berbanding bentuk protein lain.

Ikan siakap iaitu sejenis daging kurang berlemak yang boleh tingkatkan prestasi atletik, bina otot dan maintain tenaga.

.

.

.

Khasiat Lain Ikan Siakap

Ikan siakap bekalkan vitamin A yang tinggi. Sejenis antioksidan yang dikaitkan khusus untuk kesihatan mata dan penglihatan.

Apa khasiat vitamin A?

Bantu atasi kesan negatif radikal bebas yang menjadi penyebab katarak mata dan macular degeneration.

Macular degeneration iaitu gangguan mata yang biasa dihadapi oleh mereka yang berumur 50 tahun ke atas

Penglihatan menjadi blurred dan kabur berpasir.

Disebabkan oleh penipisan macular, bahagian retina yang tugasnya untuk memastikan penglihatan berfokus jelas.

Khasiat lain ikan siakap iaitu;

  • Berpotensi sebagai anti-kanser.
  • Berpotensi untuk otak sihat.
  • Mengawal diabetes.
  • Menguatkan tulang.
  • Perkembangan tumbesaran.

.

.

.

P/S: 

Ingin dapatkan tips TERBARU daripada saya? Lebih spesifik, senang hadam dan senang praktik? Setiap MINGGU terus ke INBOX?

Klik https://neuroversiti.com/tips/

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0