Sihat Bebas Penyakit? Elak 7 Makanan Ni

Nak manjakan diri sendiri dengan makanan sedap tiada masalah. Cuma kena tahu kawal.

Pesanan Haji Wan kekal tersemat dalam ingatan saya. InshaAllah saya akan sentiasa ingatkan diri sendiri.

Ingatkan anak-anak dan keluarga agar jangan terpedaya dengan usia muda.

Masa muda ni makan macam-macam atas alasan takpe, muda lagi. Badan kuat lagi,

Makan pula tak pantang. Apa yang terlintas depan mata semua ditelan.

Seiring dengan waktu. Umur makin lama makin bertambah.

Tuan punya badan baru 56 tahun tapi fizikal macam umur 70 tahun. Rambut memutih penuh uban dan menipis. Perut membelon. Berat berlebihan.

Pesakit diabetes. Gula tinggi dalam darah.

Upgrade dari pil kepada suntikan. Kena ambil insulin. Setiap hari, dua kali Haji Wan suntik perut. Habis berparut lubang.

Ada perkara kita boleh undur. Kesihatan tidak. Rosak kesihatan tidak dapat undur. Duit tidak dapat kembalikan kesihatan.

Haji Wan sempat berpesan pada saya,

Ini pesan saya. Sampaikan pada yang lain,

Masa mudalah kita kena jaga makan. Bersenam,

Tak ada masa? Cari masa itu. Buat tindakan bukan beri alasan.

Saya ingin berkongsi tentang 7 makanan yang ramai masih ambil ringan tentangnya. 

Mereka inilah apa yang pakar diet dan pakar nutrisi label sebagai makanan terburuk untuk otak dan tubuh manusia.

.

.

.

1. Marjerin & frosting kek

This image has an empty alt attribute; its file name is butter-1024x695.jpg

Saya tetap dengan pendirian bahawasanya marjerin ni undang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Tiba masanya untuk speak out. Nyatakan apa yang benar, apa yang tidak. Kesihatan perlu diutamakan.

Saya sudah selesaikan tugas saya. Berkongsi apa yang perlu dikongsi. Pilihan di tangan tuan puan.

Marjerin ni sangat tinggi kandungan lemak jahat. Ada PUFAs.

Menurut nutritionist di Cleveland Clinic (2020),

Marjerin mengandungi lemak trans yang mampu tingkatkan kolesterol LDL (buruk), rendahkan kolesterol HDL (baik),

Dan buatkan platelet darah jadi lebih melekit sekali gus menaikkan risiko penyakit jantung.

PUFAs yang paling kuat kuasa perosak iaitu dalam marjerin dan dalam minyak yang diproses.

Walaupun ianya kategori polyunsaturated fat, tapi lemak jenis ini sangat mudah teroksida.

Melalui haba dan cahaya. PUFAs yang teroksida terbukti mengakibatkan banyak masalah kesihatan.

Andai harus memilih, saya sarankan untuk hadkan pengambilan marjerin mahupun butter.

Kalau mampu untuk tak makan terus, lagi bagus.

Sama juga dengan frosting kek. Ada macam macam jenis. Buttercream, cream cheese, ganache, whipped cream.

Ia juga sarat dengan kalori dan lemak, terutamannya lemak tepu.

Punca penyakit diabetes, jantung, kemerosotan fungsi hati, dan ketidaksuburan pada wanita. Berat badan pun akan lebih cepat naik.

Kebanyakan frosting kek ni tinggi gula. Boleh sebabkan kaviti dan kerosakan gigi.

.

.

.

2. Minuman bergula (soda)

Minuman yang kebanyakan dijual di pasar raya ada terlalu banyak gula.

Bahan kimia dalam air contohnya soda ada sirap jagung fruktosa (gula), kafein, asid fosforik, asid sitrik serta pewarna tiruan.

Bila kerap minum, lama lama badan jadi ketagih. Kalau tak minum rasa tak boleh function.

Ambil terlalu banyak air bergula ni boleh tingkatkan risiko sakit jantung. Antara pembunuh utama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ada lagi. Diabetes,obesiti, tekanan darah tinggi, dan keradangan.

Kajian dalam jurnal US National Library of Medicine (2017) mendapati,

Minuman bergula seperti soda boleh kurangkan keupayaan penghidap diabetes untuk kawal tahap glukosa (gula) dalam darah.

Yang paling ketara. Nampak di mata kasar. Kulit akan nampak keriput. Tua dari umur.

Boleh jejaskan tahap tenaga seharian dan rosakkan gigi serta gusi.

Gula, pengawet dan pewarna tiruan yang ada dalam soda boleh terperangkap di celah-celah gusi.

Bila tak gosok gigi betul-betul, bakteria yang melekat akan mula memakan saki baki yang tinggal di celahan. Boleh akibatkan jangkitan dan kemusnahan tisu gusi.

Tisu gusi ni mustahil untuk dijana semula. Kena jaga elok-elok.

Lepastu kalau muda muda dah mood swing, sakit sendi, jerawat berketul-ketul tu? Nilah dia suspek utama.

.

.

.

3. French fries

Kajian dalam The American Journal of Clinical Nutrition (2017) menjelaskan,

Memakan kentang goreng (French fries) dua kali dalam seminggu boleh sebabkan risiko kematian awal sebanyak 2 kali ganda.

Tambahnya lagi,

Minyak di mana kentang itu digoreng ialah dalang utama di sebalik pelbagai risiko kesihatan.

Lemak daripada minyak French fries dicerna lebih perlahan berbanding protein dan karbohidrat.

Kentang goreng atau makanan bergoreng lain akan duduk dalam perut untuk masa yang lebih lama. Boleh sebabkan sakit perut.

Lebih teruk, boleh sebabkan brain fog. Asyik mudah lupa.

Antara simptom brain fog,

  • Mudah letih
  • Mudah keliru & terganggu
  • Senang lupa walaupun sekejap
  • Lambat siapkan tugas
  • Sakit kepala

Nak tahu tak yang kentang goreng ni digoreng dalam hydrogenated oils. Minyak ni paling femes sebab jumlah trans-fat yang tinggi.

Naikkan kolesterol buruk dan turunkan kolesterol baik. Punca utama serangan jantung mengejut.

Cara nak kenalpasti produk yang ada trans-fat?

  1. Check label makanan ikutan urutan kuantiti paling banyak hingga sikit.
  2. Jika hydrogenated oils atau partially hydrogenated oils duduki antara tempat teratas SEBELUM polyunsaturated oils atau monounsaturated oils.
  3. Maksudnya, produk tu ada banyak lemak trans.

Sebaliknya,

  1. Jika polyunsaturated oils, monounsaturated oils. canola oil atau olive oil duduki antara tempat teratas.
  2. Kemungkinan tinggi kandungan lemak itu sedang-sedang saja.

.

.

.

4. Alkohol

Sebagai Muslim, saya yakin ramai yang dah tahu tentang hukum meminum atau memakan minuman dan makanan yang mengandungi alkohol, arak, atau wain.

Saya ingin share sedikit tentang kisah punca arak ni diharamkan ketika zaman Nabi SAW dulu.

Ketika itu, arak dihidangkan sebagai minuman utama dalam jamuan. Malah sabahat Rasulullah SAW masa tu pun turut meminumnya.

Masa tu, larangan Allah SWT terhadap arak masih belum ada.

Jadi, salah seorang sahabat iaitu Umar Al-Khattab ajukan soalan itu kepada Baginda. Baginda berdoa meminta pencerahan

Lalu, diturunkan ayat yang menerangkan hukum meminum arak. Disebut di dalam Surah Baqarah.

Arak ni buruknya mengatasi baik. Sudah dibuktikan berkali-kali.

Berdasarkan penemuan oleh Butler Centre for Research (2015) mendapati,

Alkohol menyekat isyarat kimia antara sel-sel otak iaitu neuron,

Seterusnya mengakibatkan gejala mabuk serta merta, tingkah laku impulsif, pertuturan tidak jelas, ingatan lemah, dan tindakbalas refleks lambat.

Kajian yang dibuat oleh Northwestern Medicine (2021) turut menjelaskan,

Alkohol jejaskan badan dengan cepat,

Diserap melalui lapisan perut ke dalam aliran darah. Kemudian merebak ke dalam tisu di seluruh badan,

Alkohol sampai ke otak hanya dalam masa 5 minit, dan mula jejaskan minda dalam masa 10 minit.

Juga risiko kena keracunan alkohol apabila alkohol dalam darah (BAC) melebihi tahap tertentu.

Akibat kegagalan otak untuk kawal fungsi organ penting dalam badan.

Apabila gagal dikawal, munculnya berita memilukan tentang kemalangan meragut nyawa disebabkan manusia yang tidak bertanggungjawab.

Drive ketika mabuk. Sungguh selfish. Semoga kita semua dijauhkan.

.

.

.

5. Minuman pemanis tiruan

Di rak jualan pasar raya ada pelbagai jenis pilihan minuman berwarna-warni.

Hijau, biru, pink, oren, hitam. Macam macan ada. Boleh rambang mata dibuatnya.

Ada segelintir yang ingin jaga diet, tapi nak juga minum air berkarbonat tapi sihat? Macam mana tu?

Contoh low-calorie, sugar-free ataupun diet coke.

Tiada istilah minuman berkarbonat sihat. Kena terima fakta ni. Semua ada pemanis tiruan.

Pemanis tiruan, atau pengganti gula, iaitu bahan kimia yang ditambah pada sesetengah makanan atau minuman untuk jadikannya manis.

Lidah kita ada deria rasa. Setiap deria tu akan kenalpasti berlainan rasa.

Deria manis, deria masam, deria masin, deria pahit.

Nak tahu kenapa secara dasarnya, pemanis tiruan dikatakan mengandungi zero calories?

Ini kerana,

Molekul pemanis tiruan cukup serupa dengan molekul gula untuk dikenalpasti oleh deria manis.

Tapi!

Pemanis tiruan ni terlalu berbeza daripada gula sebenar untuk badan pecahkannya kepada kalori.

Jadi, air tu diberikan rasa manis tanpa kalori tambahan.

Jika perlu pilih air berkarbonat biasa dengan low-calorie soda, semestinya yang kedua lebih okay.

Namun sebaiknya tidak terlalu kerap diminum dan lebihkan air putih.

Ada beberapa side effect yang berpotensi untuk beri kesan pada kesihatan antaranya,

  • Kucar kacirkan tingkah laku selera
  • Efek pada kesihatan usus
  • Masalah gastrousus
  • Sebabkan terlebih makan

.

.

.

6. Roti putih & nasi putih

Roti putih atau nasi putih dibuat dengan bijirin yang diproses. Apabila bijirin diproses, ini bermakna bahagian bran dan kuman bijirin telah dibuang.

Bran bijiran mengandungi serat. Kerap makan roti putih boleh sebabkan sembelit.

Kedua-duanya juga mempunyai indeks glisemik (GI) yang sangat tinggi.

Makanan tinggi GI bebaskan glukosa (gula) dengan cepat dan boleh sebabkan lonjakan paras gula dalam darah,

Sekiranya paras gula dalam darah melebihi tahap sepatutnya, semakin cenderung untuk alami hyperglycemic state.

Kajian dalam jurnal Nutrients (2021) mendapati,

Semakin lama paras gula dalam darah kekal tinggi, semakin serius komplikasi kesihatan,

Sehingga membawa kepada masalah kesihatan jangka panjang seperti kerosakan saraf, kegagalan buah pinggang dan penyakit karidovaskular.

Perasan tak kenapa kulit selalu breakout? Padahal dah kemain jaga.

Mungkin kena reflect balik kerap tak makan pastry, roti-roti yang tengah viral tu.

Badan secara semuladinya hasilkan sebum iaitu bahan berminyak dalam kulit apabila gula dalam darah meningkat,

Serta sebabkan keradangan untuk muncul. Dua ni lah suspek utama kepada pembentukan jerawat.

.

.

.

7. Donut

Donut bersalut coklat karamel, donut Big Apple. Susah nak tahan nafsu. Sekali pandang, meleleh air liur. Sedap memang tak terkata.

Tapi berhati-hatilah kerana pakar kesihatan telah keluarkan kenyataan bahawa donut ni adalah antara makanan terburuk untuk manusia!

Sebiji donut memang terlalu sarat dengan kalori.

Sebiji mengandungi sekurang-kurangnya 300 kalori! Sekali duduk, mesti 3 ke 4 biji ditelan.

Ditambah pula dengan jumlah gula yang terlampau banyak! Bila dah asyik makan, mestilah berat naik.

Berat naik, overweight. Dari overweight pergi pula ke obes.

Mulalah penyakit datang bertandang. Tahap glukosa dalam darah naik, jadi tak tentu arah.

Mula jadi hiperaktif akibat sugar rush. Kerap berlaku dalam kalangan anak-anak.

Donut ada banyak campuran bahan kimia tersembunyi yang ramai tidak tahu.

Titanium dioxide, dextrose, calcium propionate, enriched bleached wheat flour.

Dulu, pernah viral isu donut bersalut gula putih Dunkin’ Donuts yang guna titanium dioxide.

Bahan ni aktif digunakan dalam produk penjagaan badan, sunscreen dan makeup.

Titanium dioxide dalam bentuk nanoparticle berkemungkinan timbulkan risiko kesihatan kerana ia boleh masuk ke dalam hati, paru-paru dan usus.

Penyelidik juga berpendapat bahawa sesetengah serbuk boleh menjadi toksik dalam bentuk nanoparticle.

Anak-anak lebih terdedah kepada bahan kimia ini sebab mereka makan lebih banyak makanan manis. Seeloknya, makan sekali sekala. Bukan selalu.

Kalau latih anak makan snek sihat, alhamdullah lagi bagus.

Ni baru pada permukaan. Ada lebih lagi. Nak tahu? https://neuroversiti.com/6-bahan-bertoksik-dalam-makanan-segera/

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0