Sekali imbau kenangan masa kecil dulu, sayur ni dianggap seperti ‘musuh’ utama kanak-kanak.
Betul tak?
Bagi mereka, sayur ni sangatlah tak sedap dari segi rasa. Tak macam ayam atau daging.
Selera masa ni lebih kepada makanan warna warni dan manis. Bergoreng.
Tapi anak-anak kena dididik makan sayur dari awal. Bila dah selalu makan lama-lama mereka akan mulai minat.
Sayur-sayuran ni harganya lebih murah berbanding buah-buahan atau produk ayam daging.
Di Korea Selatan, makanan di sana berasaskan tumbuh-tumbuhan. Sama juga dengan negara Vietnam dan Jepun.
Sebab itu negara negara ini punyai kadar obesiti yang rendah berbanding negara kita.
Tahu tak Malaysia kekal mempertahankan takhta sebagai negara paling obes di Asia?
Kejayaan yang tidak patut dibanggakan sebaliknya perlu dirisaukan.
Tak nak bahas lebih. Yang ni masing-masing boleh scan diri sendiri. Masuk kategori ke tak.
Berbalik pada tadi, siapa penggemar makanan Korea tu mesti sudah familiar dengan kimchi.
Kimchi iaitu staple food di negara itu. Sayur yang ditapai dan dimakan sebagai side dish.
Tahu tak yang kimchi ini termasuk salah satu superfood! Padat nutrien, rendah kalori.
Proses penapaian membolehkan kimchi bekalkan bakteria baik yang bagus untuk fungsi usus sihat.
Selain kimchi kubis, ada lagi kimchi lobak putih, kimchi daun bawang, kimchi timun, kimchi daun mustard.
Harga kimchi ni murah. Tapi nak tahu tak dalam dunia ada beberapa jenis sayur yang harganya tak masuk akal!
Ada ke? Ada.
Bukan sekali dua, tapi berkali-kali fikir sebelum beli kerana harganya mampu cecah beribu ringgit untuk satu kilogram!
Sebelum ni saya berkongsi tentang buah termahal dunia.
Kali ini saya nak berkongsi tentang pucuk hop iaitu sayur termahal di dunia.
.
.
.
Pokok Hop
Hop ni banyak digunakan dalam pembuatan arak untuk tujuan penapaian. Dekat negara kita memang jarang ada pokok ni.
Sebab kita tak guna. Hop ni bentuk macam kon biji benih. Nama saintifik iaitu strobilus.
Fungsi hop ni untuk tingkatkan lagi perisa arak atau bir dengan menguatkan lagi rasa masam pahit.
Ekstrak hop berupaya untuk bentuk satu persekitaran di mana bakteria jahat tidak mampu untuk hidup.
Dan satu-satunya bakteria yang boleh bertahan hanyalah yis pembuat bir, menjadikannya sangat ideal untuk bir.
Hop ni juga banyak digunakan dalam campuran herba untuk tujuan perubatan.
.
.
.
Pucuk Hop
Pucuk hop iaitu bahagian batang pucuk yang muda dan lembut. Rasanya sedikit manis seperti sayur kale.
Pucuk hop ini dijual pada harga yang mahal kerana proses penuaiannya yang sukar.
Disebabkan saiznya yang halus kecil, setiap satu perlu dipilih betul-betul.
Satu kilogram pucuk hop mengambil masa lama untuk diisi. Kudrat manual menjadikannya amat berharga.
1 lakh rupee pucuk hop ni bersamaan dengan RM5800+ untuk 1 kilogram. Termenung kejap saya.
.
.
.
7 Khasiat Terbesar Hop Di Sebalik Saiznya Yang Kecil
Ini dia tujuh khasiat yang dibekalkan oleh hop. Menarik tahu pasal ni.
.
.
1. Buah, bunga & batang digunakan dalam pembuatan minuman, minyak, suplemen & tujuan perubatan (antibiotik).
Walaupun hop ni tidak dikenali di Malaysia namun di luar negara khasiatnya diketahui ramai.
Perusahaan kosmetik, farmaseutikal dan nutraseutikal amat tertarik dengan ciri-ciri luarbiasa hop untuk kesihatan.
Phenolics dalam hop ni cukup terkenal kerana sifat anti-fungal, anti-radang, anti-kanser, anti-obesiti, anti-osteoporosis serta antioksidan.
Suplemen seperti hop phytoestrogens disyorkan untuk merawat gejala menopause dalam golongan wanita.
Selain suplemen tambahan untuk kesihatan tulang.
.
.
.
2. Boleh diolah & dibuat pelbagai juadah masakan yang menyelerakan & bernutrisi.
Selain pucuk muda, buah hop juga boleh diolah guna teknik infusion.
Infusion iaitu satu kaedah profesional yang digunakan oleh chef untuk gabungkan beberapa bahan ke dalam cecair untuk keluarkan rasa tersembunyinya.
Cecair itu akan ditapis dan digunakan untuk membuat lumuran, sos atau kuah.
Contoh, guna campuran herba oregano, thyme dengan rosemary dalam kuah. Kemudian, kuah tu guna untuk buat perapan untuk ayam atau daging.
Selain dibuat salad, digoreng kilas, grilled atau dijeruk.
.
.
.
3. Ubat yang dibuat dengan batangnya didapati punyai kesan kuratif tinggi dalam rawatan tuberkulosis (tibi).
Pucuk hop tersegar hanya terdapat pada musim bunga. Paling awal sekitar April, pucuk hop lebih kepada warna purple.
Kalau yang betul-betul fresh, boleh dimakan begitu saja. Rasanya lebih kurang macam kacang buncis.
Seiring dengan waktu, pucuk hop akan bertukar jadi warna hijau. Daunnya jadi lebih lebar.
Pucuk hop ni digunakan untuk hasilkan sejenis antibodi yang terbukti berkesan untuk merawat penyakit tibi (tuberkulosis).
Selain sebagai sedatif untuk tangani masalah penghadaman. Serta regulating effect untuk atasi masalah rambut gugur.
.
.
.
4. Kaya dengan sumber antioksidan untuk kekalkan kulit glowing & awet muda.
Sumber antioksidan baik untuk bantu tubuh lawan radikal bebas, menjadikan kulit lebih berseri dan awet muda.
Yang ada masalah keradangan kulit, minyak serta mineral dalam hop ni ada kesan anti-radang.
Yang ada masalah urat timbul pada kulit muka. Fungsinya untuk kurangkan kesan saluran darah pada permukaan kulit.
Bahan kimia semulajadi dalam hop ni juga berpotensi untuk rawat penyakit kulit seperti kusta.
.
.
.
5. Mengandungi asid iaitu humulone & lupulone yang berupaya untuk bunuh sel kanser.
Data awal cadangkan hop untuk bantu legakan kesakitan, insomnia atau gejala menopaus.
Sesetengah kajian ini gabungkan hop dengan tumbuhan herba lain untuk keberkesanan.
Contohnya, ekstrak prenyl flavonoid daripada hop, isoxanthohumol, xanthohumol, dan juga 8-prenylnaringen (8-ON) berupaya halang percambahan sel kanser payudara.
Mampu halang pembiakan sel kanser prostat dan tingkatkan apoptosis (mematikan sel kanser).
.
.
.
6. Buahnya mampu halang replikasi & pembiakan virus seperti virus hepatitis C (HCV) & virus immunodeficiency manusia (HIV).
Produk semula jadi berasaskan ekstrak tumbuhan seperti hop jelas punyai potensi besar kerana sifat anti-virus untuk memerangi virus hepatitis C (HCV) dan HIV.
Kajian mengenai sifat antivirus ekstrak hydroalcoholic daripada hop betina.
Di mana keupayaannya untuk menentang replikasi virus, sintesis protein virus dan secara tak langsung, tingkatkan lagi pertahanan sel badan.
Faktor utama yang menyubang kepada ciri luarbiasa hop dalam melawan mafia virsu iaitu kandungan phenolic yang tinggi.
.
.
.
7. ‘Calming effect’ untuk yang ada masalah gugup, anxiety & insomnia.
Digunakan sebagai produk perubatan herba tradisional untuk membantu melegakan simptom ringan mental stress dan untuk membantu tidur.
Selain anxiety, panic attack, insomnia, ADHD dan kerengsaan.
Hop adakalanya diguna pada kulit untuk ulcer. Sebagai agen antibakteria.
Banyak sungguh khasiat hop ni. Tapi itulah harganya terlalu kayangan. Tapi ciri nya lebih kurang baby asparagus dengan sayur kale.
Mungkin boleh makan yang senang didapati dan murah. Dekat negara kita tiada pembekal pucuk hop.
Demand di luar negara lebih tinggi. Kalau rajin, mungkin boleh cuba tanam dekat rumah.
.
.
.
Langkah Berjaga-Jaga Mengenai Penggunaan Hop
Pucuk hop boleh dimakan sama seperti sayuran hijau lain. Tiada masalah.
Yang perlu diberi perhatian iaitu buah/bunga hop di mana kajian lebih mendalam perlu dibuat.
Jika ada yang consume suplemen atau minyak berasaskan hop sebaiknya rujuk pakar terlebih dahulu.
- Kekurangan maklumat sahih mengenai keselamatan penggunaan hop bagi wanita hamil.
- Golongan hormone sensitive cancers. Ada sebahagian bahan dalam hop yang bertindak sebagai estrogen. Mampu cambahkan lagi sel kanser.
-
Menyebabkan depression jadi lebih parah.