Perjuangan Hidupkan Mee Kari Nyonya OCOC
Detik-detik untuk menghidupkan produk ini bagi aku amatlah bermakna untuk diingati.
Betul lah orang cakap. Bukan senang nak berjaya.
Pesan arwah ibuku kekal tersemat di dalam lubuk terdalam hatiku.
Pelbagai cabaran datang melintang depan mata. Kiri kanan belakang depan.
Alah boleh ke buat? Ada ke yang nak beli?
Ibarat panahan meluru laju ke arahku.
Namun, aku ambik segala yang dilempar menjadi bahan tenaga. Bahan semangat.
Untuk aku meneruskan perjalananku.
Digagahi jua sebab niat nak cipta produk mesra-sihat
Yang boleh dimakan tanpa rasa bersalah.
Produk yang utamakan sihat dan sedap.
Setakat ni tiada lagi produk macam ni dekat Malaysia bahkan di luar negara.
Kanada pun tiada. Orang sana terpesona dengan rasa baru produk ni.
Tak pernah rasa yang seperti ni lagi katanya.
Berbeza terus dengan produk yang biasa dimakan. Ada rasa sihat tu.
Jadi, aku ingin sahut cabaran itu.
Want to make it a reality. Bukan sekadar mimpi.
Maka bermulalah proses pembuatan disertai dengan banyak sampel untuk dicuba.
Dirasa. Dinilai.
Setiap satu diambil kira. Tiada yang tertinggal. Dari kualiti bahan yang digunakan.
Dalam perancangan, aku ingin utamakan 4 sekawan ini.
- Tanpa MSG
- Tanpa Pengawet
- Tanpa Perisa Sintetik
- Tanpa Pewarna Tiruan
Dari segi kualiti dan tekstur mee. Rasa perencah cili. Takat serta kepekatan diuji.
Pedas tu kena seimbang.
Tak mahu lah tak pedas nanti tak kick rasanya.
Tak mahu juga lah terlalu pedas sampai tercirit tak sudah.
Dan kualiti bahan packaging yang tidak bahayakan nyawa. Bebas kimia berbahaya.
Perjalanan ini semestinya makan masa, kudrat dan wang ringgit.
Tapi berbaloi. Worth the struggles bak kata orang putih.
Produk istimewa ini membuat penampilan yang kejulung kalinya.
Produk masak-hidang pertama di Malaysia. Seminit siap.
Boleh diolah jadi pelbagai jenis masakan ikut citarasa.
Berlauk, berkuah, reneh, rebus, saute, goreng kilas dan sebagainya.
Letak sayuran hijau. Letak udang, sotong, ayam atau daging.
Kelahiran Mee Kari Nyonya OCOC
Satu prinsip yang aku selalu pegang.
Rezeki Allah SWT itu luas. Ada di mana-mana. Cuma kena usaha sikit lah.
Tiada guna kalau menongkat dagu tunggu rezeki datang bergolek macam buah durian.
Aku terus mencuba. Undang rezeki di negara luar. Sebab ada masanya kena hijrah sikit.
Tanggal 24 Mei 2022 aku menunggu dengan penuh debaran.
Seluruh tim dan mereka di bawah bimbingan.
Berdebar pula tengok surat khabar hari ni. Nak tahu tentang ulasan MKN.
Bukan MKN yang satu lagi tu.
Ini Mee Kari Nyonya OCOC ataupun MKN OCOC.
Sinar Harian membuka bicara.
Alhamdulillah, puas hati bila baca headline.
Apapun, aku panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT sebab rezekikan kami untuk keluarkan mi segera sihat.
Alternatif kepada yang sedia ada. Jadi masyarakat adalah opsyen.
Mee Kari Nyonya OCOC Sihat & Selamat
Mengingat kembali momen ketika berada di Kanada.
Aku terkejut sungguh apabila ada insan yang sanggup bayar 20 Canadian dollar.
Kenapa?
Gara gara nak dapatkan Mee Kari Nyonya OCOC
(selitkan sekali gambarku tersenyum lebar)
Dia terus letakkan satu pek Mee Kari Nyonya OCOC ke dalam dakapannya.
Tinggalkan duit dan cepat cepat beredar sambil melihatku.
I badly need this!
Itulah yang keluar daripada mulutnya. Senyum kemain lebar.
Masatu aku terkesima sebentar. Otak dengan ligatnya memproses situasi.
Sebab apa?
Sebab aku tak jual pun Mee Kari Nyonya OCOC ni.
Ketika berlangsungnya Halal Expo Canada.
Sekadar mencuba nasib untuk bagi mereka rasa dan memberikan ulasan.
Namun, apabila dicuba. Sedap dan sihat punya pasal. Insan tadi sanggup bayar.
Orang putih ni tahu produk mana yang sihat.
Yang bagus untuk tubuh dan otak mereka.
Macam-macam soalan dilontarkan. Siap tanya resepi.
Rasanya lain dengan mee segera yang biasa ada di pasar raya.
Walaupun berlambak MSG dalam tu.
Mereka ni sejenis suka berfikir.
Berfikir macam mana Mee Kari Nyonya OCOC boleh jadi sesedap itu tanpa MSG.
Hebat penangan Mee Kari Nyonya OCOC sampai ada yang sanggup bayar on the spot.
Bayar pula CDN $20 bersamaan RM67.95.
4 Bahan Utama Mee Kari Nyonya OCOC
Masa di exhibition. Sambil tanganku bersilat bagai memasak buat tetamu yang hadir.
Aku sempat ulas sedikit 4 bahan penting dalam penghasilan MKN OCOC.
Tetamu yang bertandang di booth semua berminat.
Yalah.
Masani aku yakin mereka tidak familiar.
Dengan santan, tepung atta mahupun minyak sawit merah.
Mereka biasa dengar tentang garam Himalaya.
Tapi dalam masakan mereka, jarang sangat 4 bahan ni digunakan.
Kalau orang kita ibarat mendengar tentang black truffle, veloute dan espagnole lah kot.
Apakebenda lah nak sebut pun susah.
1. Garam Himalaya
Ada sebab kenapa aku lebih prefer guna garam Himalaya.
Ya. Harganya agak mahal sedikit berbanding garam putih biasa. Tapi tidak apa.
Mahal sebab tak mudaratkan kesihatan. Bukan murah tapi jahanamkan otak.
Sebelum ni adaku ulas tentang perbezaan gula perang, gula kelapa dan gula putih.
Gula perang dan gula putih adalah saudara kembar tidak seiras.
Bezanya pada molasses. Perang ada molasses. Putih tiada molasses.
Sama sahaja macam garam putih dan garam Himalaya.
Warnanya seakan-akan merah jambu.
Tempat tinggalnya di pergunungan Himalaya di Pakistan.
Penuaian garam Himalaya adalah melalui proses minimal. Bebas pengawet.
Aku cari supplier yang betul betul supply garam Himalaya bermutu tinggi dan semestinya asli.
Nak mineral dan unsur surih yang tidak terdapat dalam garam putih.
Garam Himalaya makin mendapat perhatian. Ganti garam putih.
Kajian baru dalam Jurnal Foods 2020 mendapati,
Garam merah jambu berbentuk kepingan salji berasal dari Himalaya.
Atau garam merah jambu berwarna lebih gelap secara amnya ada kadar mineral lebih tinggi.
Berbeza ye dengan garam putih yang dituai di saltmine. Kawasan bawah tanah.
Yang ni dah lalui banyak proses buang mineral. Nak dapatkan warna putih.
Biasa campur dengan iodin untuk menguatkan.
Garam Himalaya tinggi kandungan mineral kalsium, magnesium, potassium dan zat besi.
Jumlah sodium juga lebih rendah berbanding garam putih (per kilogram).
Senang cerita, garam Himalaya ni versi garam paling suci.
Tidak dicemari oleh proses kimia.
Banyak guna dalam kaedah rawat jangkitan sinus atau asma.
Naikkan serotonin untuk redakan stress.
Bantu penghadaman dengan cara aktifkan peristalsis (saluran bawa makanan masuk ke saluran cerna).
Garam Himalaya juga cukup terkenal sebagai detoks untuk kulit bebas jerawat.
2. Minyak Sawit Merah
Aku pilih minyak sawit merah sebab inginkan khasiat yang ada dalamnya.
Yang ni berbeza ye dengan minyak kelapa sawit yang biasa nampak time lalu jalan nak balik kampung.
Yang biasa tengok mak masak dekat dalam dapur tu.
Warna oren kemerahan minyak sawit merah tanda ada antioksidan karotenoid.
Fungsinya lindungi sel daripada rosak.
Karotenoid juga termasuk beta karotene. Yang boleh ditukar jadi vitamin A.
Minyak sawit merah adalah versi unrefined.
Iaitu minyak mentah yang diekstak terus daripada buah sawit.
Kajian dalam jurnal National Library of Medicine 2014,
Sejenis elemen semula jadi iaitu tocotrienols berupaya lindungi lemak poli tak tepu dalam otak.
Power tak power khasiat tersembunyi minyak sawit merah ni.
Perlahankan proses dementia, kurangkan risiko strok dan cegah kerosakan sel tisu dalam otak.
Kajian yang dibuat oleh UCSI University 2021,
Beta karotene, vitamin E dan asid (palmitic, stearic, myristic, oleic, linoleic).
Berupaya atasi kekurangan vitamin A, tingkatkan kesihatan jantung dan punyai ciri antikanser.
Bukan itu saja. Ada lagi.
Kandungan tocotrienols dan tocopherols berupaya stabilkan kandungan lemak dan minyak.
Serta rendahkan kerosakan akibat radikal bebas.
Nanti masa nak masak MKN, tak perlu guna minyak lain.
Guna je minyak yang ada dalam paket perencah. Kalau nak menumis. Letak sedikit.
3. Tepung Atta
Bahan kegemaranku.
Tepung Atta sering sangat guna untuk buat chapati dan roti naan.
Bila guna buat mi, jadi tidak mudah kembang. Walaupun masak lama.
Paling special, tepung atta punyai indeks glisemik rendah.
Tepung atta tidak akibatkan paras gula dalam darah naik mendadak.
Mudah dicerna sekaligus bantu pencernaan. Berat badan juga senang kawal.
Kajian dalam Journal of Food Science and Technology 2017,
Tepung atta ada kandungan mineral, protein dan dietary fiber tinggi.
Serta tak mudah serap air.
Kalau dibiarkan lama pun. Tak kembang semangkuk macam mi segera lain.
Mineral termasuk kalsium, magnesium, sodium, potassium, zat besi, copper dan zink.
Yang rata rata tak ada dalam tepung lain.
Sebab tu tepung atta ni alternatif lebih sihat berbanding tepung putih.
Kebanyakan mi segera yang ada di pasaran guna tepung putih.
Ada penambah perasa dengan warna.
Bila makan, mesti perut rasa kembung semacam.
Bloated orang putih panggil.
Skala penimbang pula galak berputar. Makin naik.
Tepung putih sudah diproses sehingga tiada nutrien.
Biasanya dicampur dengan nutrien tambahan.
Tapi bukan dalam bentuk semula jadi.
Berbeza dengan tepung atta yang kekalkan nutrien melalui germ dan bran.
Pernah tengok padi?
Tepung atta adalah whole-wheat.
Bijian tidak dibuang kulitnya dan dikisar bersama.
Kaya vitamin B1, B3, B5. Riboflavin dan folat.
Tepung atta elakkan sembelit dan bantu penurunan berat badan.
4. Santan
Bahan wajib ada untuk penuhi selera lokal.
Sebab tu ramai yang dah rasa bagi review,
Sedap dan kuah pekat. Mi lembut.
Rasa macam mi kari ibu masak.
Aroma kari dan pedas dia ngam sangat.
Bahkan mat saleh pun turut terpikat dengan rasa berlemak daripada santan.
Warna putih susu, pekat dan berlemak. Paling padu yang siap diperah.
Buat masak lomak cili api memang KAW KAW!
Kajian dalam jurnal PLOS ONE 2018,
Santan ada sejenis lemak iaitu medium-chain triglycerides (MCTs).
Kurangkan pengumpulan lemak melalui penghasilan haba.
Nama sainsnya thermogenesis.
Naikkan sensitiviti insulin untuk kurangkan berat badan.
Jadikan perut kenyang lebih lama.
Sama juga dengan minyak kelapa.
Pohon kelapa ni bermula dari batang sehingga ke daun semua ada guna.
Kelapa juga ada sejenis antioksidan phenols.
International Journal of Food Science 2020,
Kandungan phenolik dalam kelapa bantu lindungi sel protein, DNA daripada kerosakan akibat radikal bebas.
Santan juga sering digunakan dalam resepi untuk rawatan kulit dan rambut.
Elemen surih seperti zat besi, zink, copper dan manganese bantu,
Kawal elektrolit dan saraf. Relakskan otot. Dan hasilkan tenaga dalam badan.
Santan juga dikenali kerana 4 sifatnya iaitu antiulser. Antiradang. Antikulat dan antibakteria.
Pesananku
Aku dah niat siap siap dulu masa nak hasilkan Mee Kari Nyonya OCOC.
Nak pastikan semua boleh makan mi segera.
Yang tidak bagi mudarat pada kesihatan.
Aku yakin bila niat ikhlas. Niat nak bantu. Yang Maha Satu akan permudah segalanya.
Lebarkan sayap keberanian.
Kuncupkan sayap keegoan.
Maka bermulalah agenda kecemerlangan.
Mencari rezekiNya. Menuju destinasi pasaran antarabangsa.
Produk tempatan gah di persada dunia.
Insha’Allah produk ini juga bakal dilancarkan di Kanada dan juga Amerika.
Ya.
Jatuh itu biasa supaya bisa bangkit dengan perkasa.
Paling penting, doakan yang terbaik.
Andai orang lain berjaya. Jangan pernah dengki. Iri hati.
Semua ni akan makan diri sendiri je. Cuma cepat atau lambat.
Ingatlah.
They call it karma. Tapi dalam Islam, itulah kifarah.
Bergembiralah untuk mereka. Doakan semoga diri sendiri juga boleh berjaya.
Kuberharap agar pesanku sampai kepada mereka yang memerlukan.
Berminat nak cuba rasa?