neuro_cengkih

Cara Natural Hilangkan Gelema

Saya tengok ramai sangat orang. Kong kong bunyi. Teruk sangat.

Nampak sangat gelema susah keluar. Degil.

Gelema ni apa?

Mungkin ramai yang tak biasa dengan istilah ni.

Bahasa mudah. Lendir atau kahak.


Ada tak cara natural nak hilangkan gelema ni?

Oh mestilah ada.

Petua tradisional untuk yang tak mahu makan ubat.

Apa kata minum teh bunga cengkih. Boleh cari bahan bahan ni dulu.
neuro_clove

Bahab-bahan:

1. Setengah inci halia atau halia sebesar ibu jari.

2. Satu batang kulit kayu manis

3. Setengah sudu besar bunga cengkih

4. Tiga mug air.

5. Madu

6. Setengah biji lemon.

Nak buat senang.
  •  Panaskan air dan masukkan bahan 1-3.
  • Masak pada api sederhana.
  • Bila mendidih, padamkan api.
  • Guna penapis untuk tapis bahan.

Tuang ke dalam cawan. Masukkan madu secukup rasa. Perah lemon. Minum.

Senang saja kan. Apakata cuba? 

Mulut pun tak berbau dah.

 Kalau habis buat lagi. Gitu.

.

.

.

Ada lagi satu petua.

Yang ni untuk anak kecil khususnya bayi bawah 12 bulan.

Mereka mana reti nak buang kahak yang tersumbat dalam hidung.

  • Ambil 2 helai daun sirih
  • Layurkan pada api sederhana (biar kecut)
  • Sapukan krim pada belakang dan depan daun
  • Letakkan di dada dan belakang bayi

Dalam masa beberapa minit.

Bayi akan bersin dan keluarlah cecair hijau. Baru lega.

Boleh cuba.

P/S:

Nak tahu apa 1001 khasiat madu?

Ketahuinya di https://neuroversiti.com/khasiat-madu-uzbekistan-ococ/

Kalau nak order terus Madu Uzbekistan OCOC?

Klik https://bit.ly/Madu_UzbekistanOCOC untuk pembelian.

Anda Juga Mungkin Berminat

8 Kebaikan Ambil Minyak Zaitun Extra Virgin Sebelum Tidur

Gangguan Fungsi OTAK Punca Epilepsi

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

Scroll to Top
0