11 Khasiat Minyak Kelapa Untuk Tubuh

Minyak kelapa sebati dengan negara ini.

Ramai orang tahu. Cuma khasiatnya masih samar-samar.

Minyak kelapa tergolong dalam kategori superfood.

Masuk dalam senarai Smart Fat. Antara yang wajib diambil setiap hari.

Ada banyak sebab & khasiat kenapa minyak kelapa penting untuk kita.

Sebab Kenapa Perlu Ambil Minyak Kelapa

Pernah berguru sebentar dengan Dr Robynne Chutkan. Dia seorang gastroenterologist. Seorang pakar usus.

Belajar dengan beliau menarik. Aku menjadi seorang yang suka bertanya soalan. Sebabnya? Dia seorang suka menjawab soalan dengan bercerita.

Satu hari aku tanya tentang minyak kelapa. Bahaya atau tidak. Banyak penulisan di media letakkan minyak kelapa sebagai bahaya.

Jawapan Dr Chutkan aku rumuskan seperti berikut:

.

.

1. Minyak Kelapa masuk dalam kategori saturated fat. 

Biasanya disebut tidak bagus. Minyak kelapa ini lain sikit sifat saturated fatnya.

Dia masuk dalam medium chain triglycerides (MCT) bukan long-chain triglycerides (LCT) . Yang bahaya ialah LCT.

Aku angguk. Aku tanya lagi bukankah saturated fat akan membentuk lemak pada liver?

Seperti biasa. Dr Chutkan bercerita dulu sebelum menjawab. Katanya:

2. Apabila minyak kelapa masuk ke dalam badan ia terus pergi ke liver.

Masuk sahaja ditukar kepada tenaga bukan disimpan sebagai lemak. Dia beri contoh kajian-kajian perihal ini.

Sekali aku angguk. Asyik angguk sahaja aku dibuatnya.

Dr Chutkan tambah lagi. Katanya minyak kelapa tingkatkan metabolisme badan.

Tubuh jadi lebih efisien dalam memproses makanan. Natijahnya, badan jadi kurus.

Pada masa itu terdengar bunyi tepukan tangan rakan-rakan lain. Mereka seronok. Bahagia beb kurus dengan minyak kelapa.

Dalam bunyi suara ramai itu, Dr Chutkan menambah lagi.

Katanya MCT ini diproses menjadi ketone. Ketone ini boleh dianggap sebagai minyak kepada sel otak (yang ini aku tambah).

Ketone kurangkan selera makan, tingkatkan fokus dan tajamkan memori.

Aku bersuara lagi. Maklumlah duduk di depan sekali. “Jadi berbaloilah kita ambil.”

Dr. Chutkan senyum. Sambil mengangguk dia menjawab “Mesti ambil. Saya sendiri ambil setiap hari.”

Aku angguk lagi. Kali ini ligat kepala memikir kat mana mahu beli.

Sampai satu tahap saya hasilkan sendiri MCT Oil ini.

.

.

Perbezaan Minyak Kelapa, VCO dan MCT OIL

1. Minyak Kelapa

Minyak kelapa ada penghalang kepada alzheimer. Sekadar 16ml maksimum sehari mampu tingkatkan kuasa memori. Minyak kelapa yang berbau natural dan dibuat daripada kelapa yang dikeringkan.

2. Virgin Coconut Oil (VCO)

VCO ni pula perahan kedua. Ekstrak minyak dari isi kelapa kering. DIbuat tanpa libatkan bahan kimia. Ada juga dibuat dibuat dari santan dan diposes jadi minyak. Juga tanpa bahan kimia.

Bau dan rasanya seperti kelapa, dan dibuat daripada kelapa segar.

3. MCT Oil (Medium Chain Triglycerides)

Satu perkara yang tentang MCT OIL ialah ianya tak ada rasa. Kalau minyak kelapa masih rasa kelapanya. MCT OIL tidak.

Tidak ada bau dan rasa.

Ekstrak daripada kelapa dan kelapa sawit.

MCT OIL 100% pure. Super power food.

Banyak kebaikan, keunikan dan manfaatnya.

Kehebatan MCT Oil

Meh nak cerita sikit tentang kehebatan MCT OIL. Diuji di MARDI. Pure. Asli.

Bila dapat cert dari MARDI baharu rasa lega. Rasa puas hati untuk berkongsi THE BEST FROM NATURE.

Tahukan MCT OIL ni Fat burner semulajadi? Boleh kurus secara alami. Macam mana tu?

Begini. MCT Oil ada 2 hormon yang berikan rasa kenyang.

Satu namanya peptide YY dan satu lagi leptin.

Bila dah telan, kurang rasa nak makan.

Tubuh akan gunakan lemak sebagai bahan bakar untuk tenaga. Baguskan?

Antara kehebatan lain MCT OIL ialah ianya baik untuk bakteria baik dalam usus.

Ingatkan dah habis. Rupanya support kesihatan otak kita. Macam mana tu?

Ada satu kajian ni. Pengkaji nak tahu tahap kecerdasan minda atau IQ pesakit diabetes.

Pengkaji dapati mereka yang diberi MCT OIL menunjukkan peningkatan dalam ujian IQ yang uji Verbal Memory, Digit Symbol Coding dan beberapa aspek lain.

Akhirnya pengkaji membuat rumusan bahawa mereka yang ambil MCT OIL “improve cognitive function and may preserve brain function in diabetic patients.”

Ini semua untuk yang ada penyakit.

Boleh protect juga diri dari wabak sekarang ni.
Berminat nak dapatkan, terus KLIK SINI.

Banyak lagi nak cerita. Yang itu nanti.

Kita cerita pula khasiat Minyak Kelapa/ MCT Oil pada tubuh.

.

.

Khasiat Minyak Kelapa Pada Tubuh

Masuk dalam senarai Smart Fat. Antara yang wajib diambil setiap hari. 

Ada 15 sebab kenapa minyak kelapa penting untuk kita:

1. Fat Burning

mct oil

Ya. Kajian dapati orang yang ambil dua sudu minyak kelapa/ MCT Oil turun lemak di perut.

Jangka masa antara 1-3 bulan. Hebat bukan?

.

.

2. Brain Boosting

coconut oil

Selain coco OCOC sebagai Brain Booster Drink, minyak kelapa punya kapasiti sama.

Cuma sasaran di bahagian otak agak berbeza.

Kajian dalam jurnal saintifik Neurobiology of Aging dapati peningkatan kapasiti otak selepas 90 minit minum minyak kelapa.

.

.

3. Anti Kutu Kepala

anti fleas

Kalau anak-anak ada kutu, lumur sahaja dengan minyak kelapa.

Lebih berkuasa berbanding ubat kutu insecticide permethrin yang selalu diguna.

.

.

4. Penyembuh luka

wound

Minyak cepatkan penyembuhan luka. Ia juga bagus untuk merawat kesan terbakar.

.

.

5. Anti-fungal

Sekiranya kita ada jangkitan kulat, ambil dan sapu minyak kelapa.

Kulat di kulat tidak mampu hidup dengan adanya minyak kelapa.

.

.

6. Booster Testosterone

testosterone booster

Minyak kelapa terkenal sejak dahulu lagi sebagai minyak yang wajib diambil lelaki.

Kajian sains hari ini buktikan minyak kelapa dapat tingkatkan level hormon testosterone.

Wanita juga perlukan testosterone dalam tubuh.

.

.

7. Anti Ulcer

ulcer

Mulut selalu terkena ulcer?

Rajin sapu dan minum minyak kelapa. Ulcer akan cepat hilang.

.

.

8. Suncreen

Minyak kelapa adalah alternatif murah dan sihat sebagai sunscreen.

Ia dapat menghalang sinaran matahari sehingga 30%.

.

.

9. Kurangkan Bengkak pada Prostat

Prostat ada pada lelaki.

Ada masalah utama lelaki ialah kanser prostat.

Lazimi ambil minyak kelapa sebagai langkah mencegah.

.

.

10. Turunkan kolesterol

Ya, minyak kelapa rendah kolesterol jahat dan tinggikan kolesterol baik.

Pembuluh darah tidak lagi tersumbat.

.

.

11. Anti-Penuaan & Jerawat

Minyak kelapa boleh jadikan kulit 10 TAHUN LEBIH MUDA! Dan BEBAS JERAWAT!

Sememangnya terkenal dengan keberkesanan untuk rawat masalah kulit.

Secara saintifik. Ikut banyak kajian yang dibuat sebelumnya.

Antara asid lemak yang ada dalam minyak kelapa:

49% asid laurik.

18% asid myristik.

8% asid kaprilik.

8% asid palmitik.

7% asid kaprik.

6% asid oleik.

2% asid linoleik.

2% asid stearik.

Kajian dalam jurnal US National Library of Medicine, National Institutes of Health mendapati,

Asid laurik adalah paling berkesan untuk menghalang pertumbuhan bakteria.
Asid laurik boleh bunuh 'propionibacterium acnes' atau 'cutibacterium acnes'.

Spesis bakteria yang sebabkan jerawat meradang berlarutan.

Jerawat berlaku kerana keradangan kulit.

Macam mana radang berlaku?

Apabila pori-pori kulit tersumbat akibat minyak, kulit mati, atau bakteria.

Jerawat pula ada banyak jenis macam di bawah.

Kebanyakan ubat jerawat yang digunakan lebih menyasarkan untuk kurangkan keradangan.

Minyak kelapa terbukti boleh lembapkan kulit kering.

Kajian dari sumber sama bandingkan kesan minyak zaitun dan minyak kelapa dalam 52 orang dewasa yang ada masalah ekzema.

Hasilnya, minyak kelapa lebih efektif untuk kurangkan kekeringan. Selain bantu rawat ekzema.

Kajian lain di mana minyak kelapa berjaya kurangkan tahap keterukan ekzema sebanyak 68%.

Menjadinya jauh lebih berkesan berbanding minyak mineral yang sering digunakan untuk ekzema.

Boleh hadam?

.

.

Kenapa Saya Suka MCT OIl?

Saya suka dengan MCT ni. Sebab itu setiap hari saya akan campurkan dalam air untuk minum kj j. 

Saya akan minum sebelum keluar walking biasanya.

Oleh kerana MCT ni power untuk bagi tenaga pada otak, saya sentiasa pastikan ada stok di rumah.

Sekiranya anda mahu alternatif lain, boleh cuba chia seeds.

Chia seeds ini adalah bijirin hitam. Kaya dengan fiber dan Omega 3. Kaya juga dengan protein dan anti oksida.

Kalau MCT dikaitkan dengan lemak Medium Chain, lain pula dengan Chia Seeds. Ia ialah lemak Short Chain atau rangkaian pendek lemak.

Lemak sihat dari omega 3 ini akan bantu turunkan inflamasi. Secara langsung baiki sistem imun kita. Saya juga suka denga chia seeds ni.

Biasanya waktu pagi sebelum keluar walking saya akan masukkan satu sudu chia seeds ke dalam mug.

Kiranya macam rendam dalam air. Bila balik saya akan minum air bersama rendaman chia seeds ni.

Kalau ada bajet bolehlah cuba superfood bernama avocado. Avocado ni ada yang ditanam di dalam negara ada yang diimport.

Keduanya punyai kualiti yang hampir sama. Walaupun begitu, avocado tempatan lebih murah berbanding yang diimport.

Kenapa avocado? Avocado ada lemak Monounsaturated fat atau MUFA. Lemak ini pentinguntuk kesihatan jantung.

Penting untuk naikkan imun. Selain MUFA ia juga ada PUFA iaitu polyunsaturated fat. PUFA penting untuk rendahkan risiko strok, darah tinggi dan kolesterol.

Saya sendiri pasti akan ambil avocado sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Kalau ada bajet juga boleh cuba walnut. Kacang ni juga kaya dengan omega 3. Oleh kerana walnut ni penting sebab tu saya buat biskut raya campur walnut sebelum ni.

Tapi biskut ni bukan ada walnut saja tapi campur dengan almond. Kacang yang kaya dengan Vitamin E. Vitamin penting kurangkan inflamasi dan naikkan antibodi kita.

Bajet tak ada? Rileks dulu.

Boleh ambil telur. Boleh ambil tauhu. Boleh ambil isi kelapa. Boleh cuba kuaci dari bunga matahari atau labu.

Satu lagi yang ramai tak tahu yang makanan ni juga ada lemak sihat ialah dark chocolate

Dengan anti oksida yang tinggi, kita kena berdamping dengan saka ni. Dark Chocolate akan dapat bantu baiki sistem imun dan rendahkan inflamasi.

Dalam coco OCOC dan Granola Bar ada kandungan Dark Chococlate 80%.

Musim ramai terkena jangkitan ni penting sangat ambil tahu pasal antibody sendiri.

Cepat cepat beralih pada makanan yang dapatkan tingkatkan sistem imun.

.

.

Minyak kelapa punya kesan hebat kepada manusia.

Samada untuk luaran atau dalam.

Ia adalah Smart Fat yang wajib ada di rumah. Wajib di ambil setiap hari.

Nak cuba? Dapatkannya disini: MCT OIL

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0