Bersenam patut ada dalam gaya hidup manusia.
Ada banyak kebaikan bersenam:
Bersenam penting.
Untuk otak, untuk tubuh, untuk masa depan.
Otak manusia tugasnya menjaga.
Perkara yang menyakitkan, otak akan halang.
Dia sayangkan tuannya. Tidak mahu tuannya sakit.
Apabila otak kesan kesakitan, alasan akan tercipta. Akhirnya keputusan dibuat.
Tak perlu senaman lagi.
1. Kasut Yang Betul
Pastikan kasut untuk running atau walking.
Kalau untuk weight training, kasut lebih berat.
Pilih kasut yang ringan.
Pilih kasut punya kusyen untuk sokong tapak kaki dan posture berdiri.
2. Pakaian Yang Selesa
Pakai pakaian tidak panas. Ambil jenis peluh mudah kering.
Elak baju terlalu besar atau longgar.
Yang boleh ganggu pergerakan semasa bersenam.
3. Warm Up Terlebih Dahulu
Mulakan dengan warm up.
Walaupun hanya bersenam sekejap.
Wajib regangkan otot.
Jangan belasah dengan senaman terus.
Otot akan terkejut. Akibatnya, risiko tinggi untuk kejang dan cedera.
Baca Artikel Seterusnya:
7 Kajian Tentang Kelebihan Berjalan Kaki: No.7 Paling Power!
4. Mulakan Dengan Berjalan
Jalan dahulu. Jangan rushing.
Lajukan jalan apabila sudah dapat rentak. Elakkan dari terus berlari.
5. Mulakan Larian Ringan
Selepas dapat jalan laju mulakan larian ringan.
Rentak perlu sama.
Jaga pernafasan. Elak bernafas buka mulut. Bernafas melalui hidung.
Pesaing kita adalah diri sendiri. Bukan orang lain.
6. Kekalkan Larian Laju
Dapatkan 3km dulu. Apabila sudah mampu, tambah 1km lagi. Begitulah seterusnya.
Elak berhenti berlari secara mengejut.
Nanti lebih cepat letih.
7. Akhiri Dengan Cool Down
Usai pusingan lakukan aktiviti cool down.
Regangkan otot menyeluruh.
Elak soreness.
Nanti tak pasal sakit kaki sampai nak jalan susah.
8. Minum Air Putih
Pastikan minum air kosong 500ml.
Untuk ganti cecair yang hilang semasa senaman.
Penting untuk elak dehidrasi.
9. Elak Air Conditioner
Jangan kering peluh atau sejuk badan dengan aircond.
Biar sejuk dengan udara semula jadi.
Minum air akan sejukkan badan.
Ini ilmu saya kutip ketika berguru di Australia.
Ilmu dari penyelidikan. Terbukti berkesan apabila buat.
Nak sihat itu mudah. Sihat itu penting. Sihat itu jihad.
10. Minum Air Kelapa
Air kelapa amat elok minum selepas bersenam.
Ada elektrolit.
Bantu ganti balik mineral yang hilang.
Baca Artikel Seterusnya:
Air Manis Semula Jadi: Ini 11 Kebaikan Minum Air Kelapa Muda
#DrRizal