Kenapa Kerap ‘Craving’ Makanan Manis & Karbo Ringkas?

Nak tahu apa sebabkan kita craving benda manis dan karbohidrat ringkas?

Jawapan: Kurang protein dalam diet.

Jadi kalau hari ni nak selamat dari benda manis dan simple karbo pagi ni ambil sipa siap protein berikut:

  • telur
  • yogurt
  • ayam
  • ikan
  • daging
  • kekacang
  • dark chocolate

Apa akibat kurang protein dalam tubuh?

Risiko hilang jisim otot.

Bila jisim otot hilang. Maka, hilang keseimbangan badan.

Metabolisma badan jadi perlahan.

Risiko anemia. Sel tak mampu pam cukup oksigen.

Badan kerap letih dan sakit.

kenapa: protein

Apa tanda badan kurang protein?

  • Bengkak pada kaki/tangan.
  • Perut ‘bloating’.
  • Lemah pada anggota sendi.
  • Kuku rapuh.
  • Keguguran rambut.
  • Kulit menggeleber.

Risiko kena anxiety. Sukar fokus.

Kalau cedera, lambat sembuh. Otot rasa sengal dan ngilu.

Kalau nak perut ketul ketul. Nak sado. Nak bertenaga.

Kena banyak damping dengan protein.

Kalau sayur boleh cuba bayam, asparagus, jagung, keledek atau cendawan.

Avocado pun banyak protein. Boleh makan terus.

Atau campur santan dan sikit gula kelapa. Merecik teruk dah tu.

Nak lagi padu, ambil edamame.

Protein lengkap tumbuhan.

Pernah makan kacang soya?

Edamame adalah buah kacang soya muda yang belum masak.

Edamame kaya sumber fiber dan protein.

Dengan protein hampir sama dengan protein haiwan.

Boleh buatkan perut kenyang lebih lama. Bantu turunkan jumlah kolesterol jahat.

Bantu lawas dan bagus untuk turunkan berat.

Pilihan sihat untk mengudap. Makan kacangnya saja. Kulit buang.

BACA: KHASIAT BAWANG PUTIH DI SEBALIK BAU

Bila protein cukup, craving pun berhenti.

Tak ada lagi rasa nak mengudap. Atau nampak semua benda sedap.

Tak ada hal bila nampak kek yang coklatnya meleleh.

Tak rasa apa apa bila nampak cheese bertali bila ditarik.

Kita cool saja.

Kuranglah sikit gula dalam darah tu.

Kuranglah sikit kerja pankreas nak keluarkan insulin.

Selamat kita hari ni dari jadikan badan kita tong sampah bergerak.

Begitulah.

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0