Kenali 16 Tanda Tanda ‘Burnout’ Di Tempat Kerja

Gejala burnout semakin membimbangkan pada zaman kini.

Terutama di tempat kerja.

Keadaan di mana emosi, mental dan fizikal ‘haus’.

Akibat diasak oleh ekspektasi, stres dan tekanan berlebihan pada jangka waktu panjang.

Terma burnout diperkenal pada tahun 1974.

Oleh pakar psikologi bernama Herbert Freudenberger.

Dan fenomena burnout telah diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sebagai sindrom klinikal pada tahun 2019.

Apa kesan burnout pada OTAK?

Burnout ganggu hubungan Amygdala, Anterior Cingulate Cortex (ACC) dan Medial Prefrontal Cortex.

Bahagian kawal reaksi emosi, perilaku dan buat keputusan jangka masa panjang.

Apa tanda tanda anda mungkin alami burnout?

    • Cepat melenting

    • Kerap bersikap sinis

    • Mudah marah

    • Tak gembira bekerja

    • Kerap rasa penat

    • Tidur tak lena

    • Kualiti kerja tak meningkat

    • Sakit sendi & otot

    • Tiada motivasi

    • Tak mahu keluar dari zon selesa

    • Suka asingkan diri

    • Mudah teras apabila ditegur

    • Berasa tak dihargai

    • Cepat mengeluh

    • Konflik dengan rakan sekerja

Take note ye.

Kalau ada gejala di atas, maka segeralah ambil cuti.

Atau luangkan masa untuk self-healing.

Terokai alam sekitar. Banyakkan bersosial dengan persekitaran baru.

Banyakkan bergerak dan bersenam membantu.

Rehatkan minda. Jangan paksa.

Boleh begitu?

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Makanan Hilangkan Nafas Berbau Secara Semula Jadi

11 Manfaat Asparagus untuk Kesihatan & Detoks Badan

9 Makanan Bantu Kurangkan Kemurungan Secara Semula Jadi

8 Herba Bantu Tingkatkan Kualiti Tidur

10 Antibiotik Semula Jadi Untuk Kekuatan dan Keseimbangan Tubuh

11 Kebaikan Daun Mulberi Putih untuk Kesihatan

Scroll to Top