5 Mitos Kesihatan Popular Yang Selama Ini Disangkakan BETUL!

Belum dapatkan set lengkap Neurobox Plus?

Jimat 67% dengan harga asal ̶R̶M̶3̶9̶0̶ 

Kini RM129 sahaja! Rugi tak grab sekarang!

DAPATKAN DI SINI

DAPATKAN DI SINI

PARU PARU BERAIR MANDI MALAM?

“Mandi malam tak elok untuk paru-paru. Nanti berair”

Mitos atau fakta?

Ini antara MITOS yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mandi malam tak menyebabkan paru paru berair.

Sebaliknya, bantu selaraskan circadian rhythm.

Dan stabilkan suhu badan kerana apabila malam menjelma.

Suhu badan akan menyejuk.

Mandi malam dengan air suam bantu naikkan sedikit ke suhu normal.

Suhu ideal bagi menyediakan badan untuk tidur pada tahap kemampusan tertinggi.

Mandi malam bantu lepaskan tekanan terutama bahagian otot kejang.

Untuk yang ada insomnia, mandi 90 minit sebelum tidur.

Lihat kesannya.

Tapi!

Jangan lama sangat mandi sampai berpuluh minit. Cukup 5-8 minit.

Makin lama mandi, maka kulit akan jadi makin kering.

KETAM PENAWAR DEMAM DENGGI?

Mungkin pernah dengar bahawa makan sup ketam boleh bantu rawat demam denggi.

Kalau di Malaysia, sering dikaitkan dengan ketam Nipah.

Mitos atau fakta?

Ketam penawar denggi merupakan MITOS cukup popular.

Kerana ia bukanlah ‘ubat’ yang mempengaruhi tahap sembuhkan denggi.

Walaupun ketam berkhasiat dan tinggi protein.

Ikut kajian, ketam tiada ciri antiviral spesifik untuk bantu lawan virus denggi.

Namun!

Sup ketam boleh dijadikan salah satu sumber untuk gantikan cecair yang hilang dari badan.

Sama seperti sup sayur, sup ayam dan sup kaki ayam.

Ada khasiatnya yang tersendiri seperti:

    • tingkatkan jumlah platelet darah

    • legakan sakit tekak

    • redakan inflamasi & sakit sendi

    • immune booster

TELUR PENYEBAB LUKA BERNANAH?

Ingat lagi zaman kecil kalau nak bersunat, mesti kena larang makan telur.

“Makan telur nanti luka jadi gatal dan bernanah”

Kita yang polos tak tahu apa apa masa itu pun percaya.

Orang cakap fakta orang tua jangan berani lawan.

Betul tak? Takkanlah nak tipu.

Mitos atau fakta?

Tahu tak?

Makan telur TAK jadikan luka gatal dan bernanah.

Orang tua tiada niat tu nak menipu.

Masa dulu belum ada sangat kajian sains.

Telur sumber protein terbaik untuk bantu penyembuhan luka.

Mungkin cerita lain sikit kalau seseorang itu alergi terhadap telur.

Atau apa sahaja makanan lain berasaskan telur.

Reaksi tubuh berbeza beza.

KICAP HITAMKAN KESAN PARUT?

Disebabkan warna hitam pekat, kicap sering disalahkan.

Kerana jadikan parut luka gelap kehitaman.

Mitos atau fakta?

Ini sebenarnya MITOS sahaja.

Pembentukan parut tidak berkait secara langsung dengan apa yang dimakan.

Ya. Kicap diperbuat dari kacang soya.

Soya pula ada tyrosine – sejenis amino asid.

Yang ditukarkan kepada melanin apabila terdedah pada cahaya matahari.

Tapi ia tak mempengaruhi warna parut.

Tyrosine ada dalam sumber lain seperti ayam, keju dan bijirin penuh.

Tiada pula makan keju bertukar kuning.

Teruk atau tak keadaan parut bergantung kepada cara penjagaan.

Misalkan asyik garu garu akan buatkan parut makin ketara, berkuping dan gelap.

Apa pun, kicap tak elok untuk kesihatan.

Terutama kicap pekat manis dan kicap masin.

Masuk kategori produk ‘highly processed.’

Kalau mengidam sangat, cari yang rendah garam.

WHOLEGRAIN RENDAH KALORI & KARBO?

“Kalau makan roti wholegrain, kalori dengan karbohidrat lebih rendah berbanding roti putih”

Mitos atau fakta?

Ini ialah MITOS jarang orang dengar.

Sebab itu konsep ‘besederhana dalam pemakanan’ perlu dititikberatkan.

Nak tahu tak?

Kalori dan karbo dalam roti wholegrain dan roti putih adalah SAMA.

Apa yang berbeza?

Wholegrain ada serat dan mineral jauh LEBIH TINGGI berbanding roti putih.

Ini menjadikan wholegrain jauh lebih baik untuk dimakan.

Tapi tak bermakna boleh makan banyak ye.

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top