Kolesterol Tinggi – Dah Pantang Makan Tetap Tak Turun?

Macam mana rupa kolesterol?

Teksturnya lembut seperti lilin. Ada dalam salur darah serta sel tubuh.

Terbahagi kepada kolesterol baik (Lipoprotein Densiti Tinggi HDL).

Dan kolesterol jahat (Lipoprotein Densiti Rendah LDL).

Yang bahayanya ialah LDL.

Boleh bentuk plak dalam salur darah menyebabkan tersumbat.

Bila tersumbat, salur darah makin menyempit.

Oksigen makin kurang.

Risiko tinggi kena serangan jantung dan strok.

BACA SELANJUTNYA: KALORI 30 ANEKA MAKANAN BIASA DIMAKAN DI KEDAI

Bila tahap kolesterol tinggi, ada sesetengah makanan kena elak.

Contoh makanan berproses, tinggi minyak dan lemak.

Tapi dah pantang pun kolesterol tetap degil tak turun.

Ada cara lain ramai tak tahu.

Caranya, ambil sumber makanan ada STEROL tumbuhan.

Apa pula sterol tumbuhan ni?

Molekul organik yang ada secara alami dalam tumbuhan.

Terbukti scara klinikal halang kolesterol dari diserap oleh tubuh.

Sumber sterol paling banyak ada dalam:

    • Kacang pis

    • Brokoli

    • Bunga kobis

    • Lettuce Romaine

    • Oren navel

    • Mangga

    • Blueberi

    • Limau tangerin

    • Almond

    • Walnut

    • Pistachio

    • Kacang gajus

    • Flaxseed

    • Bawang merah

    • Karot

    • Brussels sprout

BACA SELANJUTNYA: KETAHUI 18 KHASIAT SEBENAR CENDAWAN

Selain ni, sterol boleh diambil melalui suplemen.

Seperti Blackmores Plant Sterols Plus.

Sterol akan bersaing dengan kolesterol untuk diserap dalam usus.

Selain diet sihat dan rajinkan diri bersenam.

Tapi pastikan rujuk pakar terlebih dahulu.

Sebelum ambil suplemen yang betul betul boleh penuhi keperluan tubuh.

Boleh begitu?

 

#DrRizal #Neuroversiti #kolesterol

Anda Juga Mungkin Berminat

Ramai Tidak Sedar Kesilapan Ini Ketika Berbuka Sampai Badan Jadi Lemau

7 Sebab Mengejutkan Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Berkafein Semasa Puasa

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Scroll to Top