8 Tips Sejukkan Badan Ketika Cuaca Panas

Cuaca panas dengan suhu mencecah 38 degree Celcius.

Bukan perkara main main.

Bahangnya membuatkan otak seakan akan ‘bergelegak’.

Macam mana cara nak sejukkan badan?

1) Air Kelapa

Air kelapa muda ialah minuman tenaga alami.

Kaya elektrolit untuk elak dehidrasi tubuh.

ARTIKEL PENUH:

11 KEBAIKAN MINUM AIR KELAPA MUDA

2) Tembikai/Timun

Buah paling laris sekarang ni sebab cuaca panas.

Bukan setakat berkhasiat tapi boleh gantikan cecair hilang akibat berpeluh.

ARTIKEL PENUH:

4 RESEPI MENYEGARKAN ATASI CUACA PANAS

3) Daun Celery

Ada 25 ejen anti radang dalam celery.

Yang lindungi sistem pertahanan tubuh dari demam cuaca panas.

ARTIKEL PENUH: KETAHUI 37 KHASIAT SADERI

4) Teh Pudina

Pudina sifatnya ‘cooling’.

Rendam teh dalam air panas. Biarkan 30 minit.

Bila dah sejuk, tapis dan minum.

5) Aloe Vera

Nak lagi padu, letak gel dalam peti sejuk. Sapu pada kulit kering.

Bantu hidrasi. Lembapkan kulit.

Legakan rasa pedih atau ruam merah akibat panas terik.

6) Rendaman Ais + Peppermint Oil

Letak air berisi ais dalam bekas.

Tititskan peppermint oil dan rendam kaki selama 15-20 minit.

Badan sejuk. Sakit kepala hilang.

ARTIKEL PENUH:

KENALI 7 JENIS ESSENTIAL OILS UNTUK KESIHATAN

7) Air Barli + Cincau

Air barli cukup terkenal sebagai penyejuk badan dan redakan demam.

Memang mudah sangat nak amalkan.

ARTIKEL PENUH:

24 SEBAB PERLU BERDAMPING DENGAN BARLI

13 KHASIAT LUAR BIASA CINCAU HITAM

8) Teh Daun Pandan

Siapa sangka daun pandan boleh sejukkan badan.

Hanya rebus air dalam periuk.

Masukkan beberapa helai daun pandan.

Bila dah bau wangi, tutup api.

Boleh diminum bersama gula kelapa atau perahan lemon.

Daun pandan bantu tidur nyenyak.

Terutama ketika suhu dalam bilik kering.

Dan kurangkan stres akibat badan kepanasan.

ARTIKEL PENUH:

14 KHASIAT DAUN PANDAN SELAIN AROMA WANGI

 

#DrRizal #Neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Kenapa Badan Anda Dah Tak Sehebat Dulu Walaupun Masih Sihat

Kenapa Lagu Raya Klasik Lebih Melekat Di Hati Ini Jawapan Dari Sains Otak

Biskut Raya Bahaya: Sedap Di Mulut, Senyap-Senyap Rosakkan Otak & Jantung

Tauhu dan Kuah Kacang: Gabungan Sedap Tapi Boleh Ganggu Serapan Zat Besi?

Scroll to Top