Pernah lihat buah asam gelugor?
Biasa hanya lihat asam gelugor yang sudah dikeringkan.
Dekat health store, suplemen tertulis Garcinia bermaksud ekstrak asam gelugor
Secara tradisional, ekstraknya digunakan untuk tingkatkan aliran darah, rendahkan kolesterol dan legakan batuk.
Tahukah Tuan Puan?
Asam gelugor/asam keping bantu kurangkan berat badan.
Ada acid hydroxy citric (HCA) bantu rangsang rasa cepat kenyang
Cegah lipogenesis – penukaran glukosa kepada lemak.
Satu kajian dibuat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun 2020 dapati,
Pengambilan suplemen berasaskan asam gelugor (Garcinia Atroviridis) yang dikawal oleh pakar
Tunjukkan penurunan BMI dan pengurangan ukur lilit pinggang lebih tinggi pada lelaki berbanding wanita
Khasiat lain asam gelugor ramai tak tahu:
- Legakan sembelit & cirit birit
- Atasi masalah cacing dalam perut
- Kecutkan rahim mengembang
- Kurangkan gejala radang sendi
- Atasi masalah kencing kotor
- Legakan sakit senggugut
- Lancarkan darah haid
Ini resepi mudah buat air asam gelugor untuk bakar lemak.
Bahan:
- Asam gelugor
- Madu Uzbekistan
- Jus limau nipis / limau kasturi / lemon
- Rendam asam semalaman.
- Kemudian, blend atau tumbuk sampai lumat.
- Tuang pes dalam jar kedap udara.
- Nak bancuh, masukkan 1 sudu teh pes untuk 1 cawan.
- Masukkan air panas. Kacau dan tapis.
- Letak sedikit madu untuk kurangkan masam.