Apa Akan Berlaku Pada Tubuh Apabila ‘Cut Sugar’ Selama 2 Minggu?

Tahu apa akan terjadi bila kita CUT SUGAR selama 2 minggu?

Terutama sumber gula daripada kelompok minuman manis dan makanan berproses?

Selama 14 hari, langsung tak sentuh 2 makanan ni.

Ini yang bakal berlaku:

  1. Perut buncit mulai kempis. Tidak lagi tersembul keluar.
  2. Bentuk muka yang membulat melebar mulai meruncing.
  3. Kolesterol jahat dalam tubuh mulai menurun.
  4. Penglihatan mulai lebih jelas. Yang pakai spek power makin menurun.
  5. Daya memori mulai menajam. Tak kerap alami ‘brain fog’
  6. Kesemutan atau kebas pada hujung jari kaki/tangan mulai berkurang.
  7. Yang kerap kencing tengah malam mulai berkurang kadar kekerapan.
  8. Fizikal tubuh mulai meningkat dari segi stamina dan tenaga.
  9. Perasaan nak mengudap makanan manis mulai berkurang.
  10. Sengal pada sendi, otot dan tulang mulai berkurang.
  11. Berat turun tonjolkan berat sebenar kerana ‘fat loss’
  12. Mood dan emosi mulai stabil dan lebih gembira.
  13. Kulit mulai cerah, bersih dan glowing.
  14. Seluar dan baju makin melonggar. Badan makin ringan.

Padu tak padu?

Itu baru 2 minggu. Bayangkan kalau sebulan, 6 bulan ataupun setahun.

Ayuh cabar diri Tuan Puan untuk kurangkan ambil gula.

Demi masa depan jauh lebih sihat dan bebas penyakit kronik.

Sihat itu jihad.

 

#DrRizal #Neuroversiti #cutsugar

Anda Juga Mungkin Berminat

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Tidur Nyenyak Dengan Cahaya Matahari? Ini Sebab Ramai Tak Sedar Kesannya Pada Otak

3 Sebab Kenapa Anda Cepat Lesu Bila Tidur Lepas Sahur

Scroll to Top