8 Khasiat Jambu Batu – Snek Pagi Selepas Berjalan Kaki

Biasanya, rutin harian lepas subuh saya keluar brisk walking.

Balik rumah saja rasa lapar. Mujur kat rumah dah standby jambu batu siap siap.

Ini snek pagi saya. Jambu ni power khasiat dia.

Tinggi antioksida, vitamin C, potassium dan fiber.

Ada banyak kajian pula tu pasal jambu:

  • Dapat turunkan gula dalam darah. Ada 5 kajian pasal hal ni.

  • Sihatkan jantung dengan turunkan kolesterol jahat.

  • Hilangkan senggugut. Kajian sebut pasal ambil 6mg ekstrak daun jambu.

  • Bantu sembelit. Daun jambu pula boleh redakan cirit birit. Hebatkan.

  • Dapat turunkan berat badan. Pandai pandailah berjinak dengan jambu ni.

  • Dikatakan bersifat anti kanser. Ada 4 kajian sebut bab ni.

  • Dapat tingkatkan sistem imun. Di saat banyak virus ni bagus ambil jambu. Biar kuat sistem imun.

  • Bagus untuk kulit. Lambatkan penuaaan. Tegang sikit kulit tu. Daun jambu pula dikatakan dapat hilangkan jerawat.

Kalau dapat tanam jambu, tanamlah. Kalau tak dapat beli saja.

Pastikan seminggu dapat makan 3-4 kali.

Tak nak makan pun takpe.

Cuma lambat sikit nak kurus, cepat sikit kulit kedut dan mudah dapat jangkitan.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 MANFAAT MAKAN JAMBU BATU

#DrRizal #Neuroversiti #jambubatu

Anda Juga Mungkin Berminat

Adakah Gemuk Sebab Genetik?

Perbezaan Aktiviti Fizikal Dengan Senaman

Jangan Tahan Bersin Kerana 6 Bahaya Menanti!

Perubahan Warna Pada Kuku Tanda Risiko Kesihatan

Lelaki Lebih Berisiko Tinggi ‘Pergi’ Akibat Kanser?

6 Kelebihan Ikan Sardin Untuk Kesihatan Anda!

Scroll to Top
0