Apa Cara Paling BERKESAN Hilangkan Lemak Perut (Belly Fat)?

Lemak nak boleh berkumpul dalam perut.

Bukan ambil masa sehari dua. Tapi bertahun tahun.

Dok jamah makanan tak sihat. Makanan minuman manis berminyak.

Takkanlah boleh hilang sekelip mata.

Betul tak?

Kajian sains mendapati,

TIADA SENAMAN yang boleh target bakar lemak perut secara spesifik

Walaupun buat beribu crunches, beratus plank.

Kajian melibatkan senaman abdominal untuk bakar lemak perut.

Dibuat selama 6 minggu dan hasilnya?

Tiada sedikitpun perubahan pada peratus lemak perut

Senang cerita, sia sia bersenam.

Kalau nak turunkan berat.

Fokus utama mesti bakar lemak lemak jahat yang tak perlu.

Lemak berlebihan bahaya bila berada lama lama dalam tubuh.

Kalau GOAL UTAMA nak hilangkan lemak perut (belly fat).

Cara paling berkesan ialah turunkan ‘OVERALL BODY FAT PERCENTAGE’

ARTIKEL TERBARU!

BAKAR LEMAK PERUT DENGAN MCT OIL

Bagaimana caranya?

Ada 2 cara. Yang pertama ialah banyakkan pergerakan fizikal.

Dipanggil non-exercise activity thermogenesis (NEAT) seperti banyakkan berjalan, berkebun, kemas rumah

Dalam sehari, cukupkan 10K steps. Inshaa Allah lemak pun jalan sekali.

Senaman berkesan untuk bakar lemak apabila digabungkan bersama.

Iaitu HIIT, aerobic, bodyweight dan weight training

Yang kedua, kurangkan pengambilan kalori harian.

Sesuaikan pengambilan kalori dengan aktiviti yang dibuat pada hari itu.

Seeloknya, makan kalori dari sumber sihat.

Bukan kalori dari makanan yang tak sihat.

Ini KONSEP ASAS kalau nak bakar lemak di mana mana bahagian tubuh

Yang paling bermasalah sekali ialah lemak perut.

Yang perut maju ke depan dah macam mengandung 5 bulan.

Atau yang badan kurus tapi perut buncit tu.

Nanti lihat depan cermin dan renung renungkan.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Tidur Nyenyak Dengan Cahaya Matahari? Ini Sebab Ramai Tak Sedar Kesannya Pada Otak

3 Sebab Kenapa Anda Cepat Lesu Bila Tidur Lepas Sahur

Bagaimana Kita Jadi Lapar? Rupanya Otak Anda ‘Tipu’ Anda Tanpa Sedar

Scroll to Top