Minum Kopi Boleh Menyebabkan Osteoporosis?

Kepada ‘coffee lovers’ kat luar sana tu meh sini sat.

Nak tahu tak ?

Kerap ambil minuman atau makanan tinggi kafein.

Boleh tingkatkan risiko terkena Osteoporosis.

Osteoporosis penyakit di mana tisu tulang menipis, kurang padat, ringan, mudah rapuh dan mudah patah.

Bahaya menanti walaupun sekadar kemalangan ringan.

Seperti terjatuh, terpeleot, tersembam atau walaupun sekadar bersin.

Selain kopi. Kerap ambil minuman seperti teh / air bergas juga letakkan anda ‘at higher risks’ terkena Osteoporosis.

Kajian dalam Journal of Bone & Mineral Research (2020) dapati,

Kerap ambil kafein seiring dengan peningkatan usia menyebabkan pengurangan mineral tulang.

Faktor lain termasuklah:

– Merokok / vaping

– Stress kronik

– Kurang kalsium / vitamin D / vitamin K

– Kurang terdedah kepada sinar pagi

– Kurang senaman fizikal

– Kerap ambil makanan masin / awet

 

Jangan ambil ringan kerana Osteoporosis boleh ancam nyawa.

Osteoporosis juga penyebab utama kesakitan dan ketidakupayaan jangka panjang.

Adakah anda sanggup mengaduh kesakitan setiap hari?

Jadi, hadkan pengambilan minuman berkafein, masin.

Banyakkan senaman. Dedahkan diri kepada cahaya pagi sekurang kurangya 10 minit.

Jika minum kopi, sulam dengan air putih.

Contoh: 1 cawan kopi perlu disulami dengan 2 cawan air putih.

Dalam satu hari tu jangan minum bercawan cawan kopi.

1 cawan kecil kopi tanpa pemanis memadai.

Andai kata anda tak boleh ‘break-up’ dengan kopi.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Ini Rupanya 7 Cara Hilangkan Parut Jerawat Ramai Tak Tahu!

8 Khasiat Bawang Putih Untuk Jantung Sihat

Senaman Otak Warga Emas – 7 Gerakan Mudah Elak Nyanyuk!

9 Tabiat Harian Bantu Tajamkan Daya Ingatan Secara Semula Jadi!

20 Manfaat Timun Betik Untuk Kesihatan

Kulit Anak Kering? Ini 9 Cara Atasinya Dengan Selamat!

Scroll to Top