Ketahui 9 Bahaya ‘Strok Senyap’ Ramai Tak Sedar

Bila bayangkan terkena strok,

Gambaran penuh dramatik seperti dalam filem.

Tapi tahukah Tuan/puan?

Strok terbahagi kepada dua iaitu,

STROK BERSIMPTOM dan STROK SENYAP.

Strok senyap atau silent stroke simptomnya halus dan sukar dikenalpasti.

Strok senyap juga terjadi 14x ganda lebih kerap berbanding strok bersimptom.

Strok senyap hanya boleh dikesan melalui CT/MRI.

Faktor risiko strok senyap termasuk:

Diabetes

Hipertensi (tekanan darah tinggi)

Kolesterol tinggi

Penggunaan ubat

Tekanan/stres

Merokok/vaping

Kegemukan

Gaya hidup sedentari

 

Tanda-tanda Tuan/puan mungkin berpotensi tinggi terkena strok senyap ialah seperti berikut:

Mood swing

Perubahan tingkah laku

Mudah melenting

Sukar kawal pundi kencing

Keseimbangan tubuh terjejas

Kejang otot tertentu

Senang nak terjatuh

Kerap lupa

Otak lambat loading

80% daripada strok boleh dicegah melalui perubahan gaya hidup sihat.

Mahu cegah risiko dari terkena strok senyap?

Periksa tekanan darah secara berkala.

Berhenti merokok kerana merokok naikkan risiko strok 2x ganda!

Jaga berat badan dengan BMI normal.

Hadkan pengambilan garam harian terutama dalam makanan berproses segera.

Jaga paras lipid dan kolesterol.

Makan buah dan sayur-sayuran setiap hari.

Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Senaman konsisten bantu kurangkan risiko strok dengan ketara.

Amal pola pemakanan sihat.

Bebas lemak tepu dan lemak trans serta gula, garam dan minyak.

Banyakkan sumber berasaskan tumbuhan.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Kuning Ini 11 Kelebihan Kunyit Untuk Tubuh

Ramai Ambil Kalsium, Tapi Tulang Tetap Rapuh: Ini 25 Tumbuhan Tinggi Vitamin K7

17 Tumbuhan Tinggi Air Alkali Yang Bantu Hidrasi Sel & Seimbangkan pH Tubuh

12 Herba Lawan Inflamasi Yang Bantu Tenangkan Tubuh Dari Dalam

10 Makanan Bunuh Parasit Secara Natural

Ramai Makan Kubis Cina, Tapi Tak Ramai Tahu 13 Nutrien Penting Ini

Scroll to Top