Bagaimana Kita Sabotaj Kalsium Dalam Tubuh

Usai solat Asar terpandang Haji M. Tangan bersimen. Nampak kekok pergerakkannya.

Haji M dihampiri. Disantuni seperti biasa.

“Apa jadi dengan tangan Ji?” Soal saya mulakan bicara

“Tangan terpukul bucu meja masa buka baju. Patah. Ingatkan sakit biasa. Pergi x-ray confirm patah,” jawab Haji M.

Haji sambung lagi. “Doktor kata tak cukup kalsium. Dulu dulu kurang minum susu kot.”

Saya senyum dan angguk tanda faham.

Haji M suka minum minuman bergas. Paling gemar dengan kola. Itu masa muda.

Dah hujung 4 siri ini bertukar kepada kopi.

Kola sarat dengan phosphates. Bahan ini sebabkan hilangnya kalsium dari tulang. Ambil kopi pula ada oxalates. Gandakan kesan hilang kalsium.

Haji M bilang “Doktor suruh ambil untuk tulang tu. Dia bagi sampel. Saya pun dah mula minum.”

Saya senyum dan angguk lagi. Terkesima mungkin.

Masa zaman belajar dan bekerja di Australia dan latihan di Harvard Medical School selalu dipesan ambil yang asli. Natural.

Kalsium ada dalam pegaga. Pada sawi, pucuk paku dan taugeh. Dalam timun pun ada.

Untuk serapan kalsium tubuh perlu pula vitamin D. Nak dapatkan vitamin D ini mudah dan murah. Sumbernya cahaya matahari.

Apabila terkurung dalam bilik, dalam bangunan, hilanglah nikmat percuma ini. Makan bertan tan kalsium tapi vitamin D tak cukup, sia sia sahaja.

Rajin rajinlah menjenguk alam. Padanya ada tanda tanda kebesaran Allah.

Anda Juga Mungkin Berminat

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

Scroll to Top