Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Kajian dapati,

Kesunyian pada jangka masa yang lama BERISIKO TINGGI kena STROK.

50% tinggi risiko berdepan maut.

Ada satu kajian utama oleh Harvard University.

Di mana perasaan mengasingkan diri (isolation) dikaitkan dengan tahap protein pembekuan darah (blood clotting).

Yang berpotensi tinggi jadi punca serangan jantung dan strok.

Waktu ini, isyarat ‘fight or flight’ diaktifkan.

Di mana protein dikenali sebagai Fibrinogen bertambah jumlahnya.

Fibrinogen adalah sebagai persediaan sekiranya berlaku kecederaan / kehilangan darah.

Namun, berlebihan undang padah.

Kerana berlaku peningkatan tekanan darah dalam salur darah. Terbentuk deposit lemak dalam salur darah.

Apa lagi bahaya ‘epidemik’ kesunyian?

Naikkan risiko penyakit kognitif seperti nyanyuk apabila tua nanti.

Selain masalah emosi seperti depresi, anxiety, serangan panik.

Kesunyian tingkatkan tahap hormon stres Cortisol.

Yang jejaskan sistem ketahanan tubuh. Penyumbang inflamasi (radang).

Jadi, jangan gemar mengasingkan diri daripada orang lain.

Tetap lah berusaha untuk berhubung dan berkomunikasi.

Jangan tutup pintu hati tu lama sangat.

Belajar untuk berdamai dengan diri dan takdir kehidupan.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Kesan El Nino Kepada Badan: Kenapa Ramai Tiba-Tiba Cepat Letih, Sakit Kepala & Mudah Stress?

Rahsia Anak Lebih Bijak & Fokus: Aktiviti Berseni Bantu Otak Anak Perform Secara Semula Jadi!

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Kenapa Badan Anda Dah Tak Sehebat Dulu Walaupun Masih Sihat

Kenapa Lagu Raya Klasik Lebih Melekat Di Hati Ini Jawapan Dari Sains Otak

Scroll to Top