3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

Baru-baru ini tular kes di Kelantan melibatkan pelajar sekolah menengah.

Yang terkena demam teruk berpunca daripada pengendali makanan di sekolah.

Yang menjadi pembawa tifoid atau demam kepialu.

Jaga-jaga dengan wabak demam kepialu‼️

Demam tifoid (kepialu) ialah jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella tpyhi.

Salmonella mula menelusuri ke dalam darah & usus.

Bakteria ini unik sebab ia hanya boleh hidup dalam manusia.

Yang bahaya tentang demam kepialu ialah, ia boleh menjangkiti orang lain.

Dengan mencemari makanan & minuman melalui sentuhan, batuk, air liur, mukus.

Bahayanya lagi tentang demam kepialu,

Pesakit boleh alami pendarahan.

Contohnya, bahagian dijangkiti seperti usus boleh bocor/pecah.

Berisiko menyebabkan KEMATIAN‼️

Sekiranya tidak dirawat awal.

 

Tanda-tanda demam kepialu termasuk:

    • Demam suhu lebih 40°C

    • Demam berlarutan

    • Cirit birit

    • Sembelit

    • Sakit perut

    • Sakit kepala

    • Batuk kering

    • Kurang selera makan

    • Sakit badan

    • Degup jantung perlahan

    • Ruam merah

    • Bengkak hati & limpa

Jadi, mohon hati-hati yer.

Awasi tahap kesihatan anak-anak yang sedang bersekolah terutamanya.

Disarankan untuk ibu bapa sediakan bekal makanan dari rumah.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Bagaimana Celtic Salt Bantu Tidur Lena Setiap Malam

Skrub Badan dan Wajah Guna Celtic Sea Salt: Rahsia Kulit Makin Lembut dan Berseri

Air Detoks Dengan Celtic Sea Salt: Cara Semula Jadi Rehidrasi dan Pulihkan Tenaga

Benarkah Teh Daun Jambu Batu Boleh Cegah Influenza?

11 Makanan Cegah Influenza Secara Semula Jadi

Kurang Minum Air: Bahaya Senyap Pada Otak & Badan

Scroll to Top