6 Bahaya Memakai Kanta Lekap (Contact Lens)

Kalau gemar pakai contact lens.

Untuk suka-suka dan sekadar mengikut trend.

Walaupun tiada masalah rabun.

Pastikan kebersihan dijaga setiap masa.

Ini kerana contact lens diletakkan pada organ mata.

Organ yang sangat lembut dan sensitif.

Penjagaan rapi perlu bagi memastikan mata tidak rosak atau dijangkiti.

Pernah dengar tentang Acanthamoeba?

Ia protozoa hidup bebas yang ada di persekitaran kita.

Ada dalam air, udara, tanah, debu dan habuk.

Acanthamoeba boleh mengakibatkan jangkitan keratitis Acanthamoeba.

Iaitu penyakit melibatkan jangkitan pada lapisan kornea mata.

Hasil kajian dapati, 

Lebih 80% penyakit keratitis Acanthamoeba melibatkan pemakai contact lens.

Ini antara penyebab risiko keratitis Acanthamoeba:

✅Guna air paip cuci contact lens

✅Guna air paip cuci bekas contact lens

✅Berenang pakai contact lens

✅Tidur pakai contact lens

✅Sentuh contact lens dengan jari kotor

✅Cuci contact lens tanpa disinfectant

✅Pencemaran larutan contact lens

 

Ini antara tanda jangkitan keratitis Acanthamoeba:

Mata kemerahan

Mata berair

Mata sensitif cahaya

Pandangan kabur/pecah

Mata tidak selesa

 

Antara bahaya jika tidak teliti terhadap pemakaian kanta lekap:

Ulser/luka pada mata

Benjolan pada mata

Jadi, hati-hati yer.

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Kenapa Badan Anda Dah Tak Sehebat Dulu Walaupun Masih Sihat

Kenapa Lagu Raya Klasik Lebih Melekat Di Hati Ini Jawapan Dari Sains Otak

Biskut Raya Bahaya: Sedap Di Mulut, Senyap-Senyap Rosakkan Otak & Jantung

Tauhu dan Kuah Kacang: Gabungan Sedap Tapi Boleh Ganggu Serapan Zat Besi?

Scroll to Top