5 Kelebihan Buih Pembersih Probiotik OCOC

Ini R&D paling lama saya. 

Ambil masa 5 tahun. Bermula dari 2020. 

Alhamdulillah baru sekarang dapat dikeluarkan.

Bila laporan dari Harvard keluar,

Orang ada masalah gusi 3 kali ganda berisiko kena:

⚠️serangan jantung

⚠️strok

⚠️penyakit jantung 

Saya rasa nak kena buat sesuatu. 

Saya ni gigi bawah tak lurus, berlapis. Kalau gosok gigi mesti berdarah. 

Kalau ada jangkitan, selamat jalanlah saya. 

Bayangkanlah kena serangan jantung.

Saya buatlah ubat gigi untuk kegunaan sendiri. 

Tengok video dalam Internet. Bolehlah untuk guna sendiri. 

Tapi kalau nak bagi kat orang macam tak sesuai pula. 

Nak kena buat R&D betul betul.

Saya pula tak suka bila malam gosok gigi, bangun esok mulut bau busuk.

Gosok gigi waktu pagi, pukul 10 gigi dah tak licin.

Bertempel dah mentega dalam gigi ni. 

Dok cari ada tak ubat gigi yang sihat. 

Tak guna bahan kimia yang mudarat pada kesihatan manusia.

Lepas tu saya tak suka pakai mouthwash. 

Sebab boleh bunuh bakteria baik dalam mulut. 

Tapi ada masa bila makan tu kalau boleh spray sesuatu dalam mulut bagi wangi bagus sikit. 

Nak cakap orang pun tak rasa malu.

Bermula sebelum PKP saya pergi ke private lab.

Jumpa chemist kat sana. 

Bincang untuk ubat gigi bagi gusi sihat dan tak berdarah. 

Research sebut daun sirih bagus untuk kerja ni.

Dengan kerjasama satu universiti tempatan, dapatlah buat ekstrak sirih.

Untuk buih, saya tak nak guna Sodium Lauryl Sulfate

Yang ni bahan yang diguna dalam sabun. 

Tak kan nak letak dalam mulut. Kena cari alternatif.

Jumpa satu buah yang pokoknya tumbuh segar di tepi tepi jalan di Jamaica. 

Buah ni keluarkan buih semulajadi. Ada antioksida. 

Saya kata dalam diri ‘cantiklah ni’.

Private lab yang buat R&D cuba cari supplier. Tak ada rupanya. 

Yang boleh bawa masuk kata kena bawa satu kontena. 

Saya nak buat apa dengan satu kontena. Ini baru stage R&D.

Cari lagi maklumat. 

Jumpa prof sana prof sini.

Akhirnya jumpa research pasal minyak kelapa juga boleh ditukar jadi buih. 

Lebih selamat. Telan pun tak ada masalah. Buat pula R&D on minyak kelapa pula.

Semasa R&D, 

Satu demi satu bahan sintetik kimia dalam ubat gigi biasa, saya tukar. 

Yang terakhir ialah tak mahu mulut bau busuk. 

Jadi kami masukkan Probiotik – bakteria baik. 

Supaya bakteria baik dalam mulut terus kekal dan tak terganggu koloni bakteria baik dalam usus.

Satu lagi yang saya rasa penting ialah sebagai mouthwash. 

Kalau buat dalam bentuk paste, susah yang bawa ke sana ke mari. 

Jadi Buih Pembersih Probiotik OCOC saya buat dalam bentuk buih.

Cuma goncang botol, tekan buih keluar.

Kalau nak guna sebagai mouthwash, terus spray dalam mulut

Boleh kumur. 

Nak telan terus pun tak apa.

Untuk Buih Pembersih Probiotic OCOC,

Saya sendiri dan famili dah pakai lebih dari setahun. 

Dah confirmed bagus, baru keluarkan pada pasaran. 

Tapi setiap batch tak banyak.

Lepas pakai setahun apa berlaku pada saya? 

Gusi tak berdarah dah. 

Gigi rasa licin sampai petang.

Tak ada pembentukan mentega berlaku sebelum tengahari. 

Bangun esok pagi, mulut tak berbau busuk.

Macam guna ubat gigi biasa. 

Ini dah nikmat besar untuk saya.

Mungkin Tuan/Puan tertanya tanya. 

Sesuai tak untuk budak budak? 

Ya sesuai. 

Kalau anak tertelan pun tak ada masalah. 

Kami dah test. 

Budak yang guna Buih Pembersih Probiotik OCOC.

Dentist kata gigi kuat, tak ada kaviti dan cantik. 

Beza dengan grup yang pakai ubat gigi pilihan sendiri.

Jadi apakata Tuan/Puan cuba dulu. Bagi gusi sihat. 

Mulut tak bau macam longkang dah.

Jom cuba?

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top