Perbezaan Aktiviti Fizikal Dengan Senaman

Apa apa pergerakan dilakukan oleh badan guna tenaga. 

Contoh seperti berjalan, siram pokok, menaiki tangga, basuh kereta.

Dipanggil sebagai aktiviti fizikal.

 

Senaman pula lebih spesifik, tersusun & terancang.

Contohnya, bersenam di gim, berlari maraton, hiking, yoga, pilates.

Fokus aktiviti fizikal untuk sihatkan tubuh secara menyeluruh.

Manakala senaman biasanya untuk tingkatkan stamina atau kecergasan fizikal.

 

Ada banyak cara mudah untuk kekal aktif setiap hari.

Sekiranya tidak punyai masa untuk bersenam.

Antaranya,

    • Kurangkan duduk lama

    • Lebihkan berdiri

    • Banyakkan berjalan 

    • Regangkan tubuh di waktu pagi

Tapi saya yakin jika kesihatan diri diutamakan,

Tuan/Puan akan cari masa terluang sekurang kurangnya 30 minit setiap hari untuk bersenam. 

 

Semua cakap biasa cakap pasal bersenam untuk tampil lebih baik dari segi fizikal.

Otot tubuh ketul sana sini, bentuk tubuh kemain fit.

Keyakinan diri makin meningkat.

Dapat pakai baju cantik & saiz kecil.

Tapi ramai tak cakap banyak pasal manfaat ini apabila bersenam:

    • Kualiti tidur meningkat

    • Tidur lebih lena

    • Lebih bertenaga sepanjang hari

    • Mampu lindungi mental daripada stres

    • Risiko kanser berkurang

 

Ini tips dikongsi DrRizal.

Untuk tubuh cergas & minda cerdas sepanjang masa.

Jika makan & kunyah perlahan, risiko terkena penyakit ‘sindrom metabolik’ berkurang sebanyak 4x ganda!

Contohnya, buncit perut, tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi.

 

Bila duduk bekerja hadap skrin laptop, setiap 40 minit bangun & banyakkan pergerakan. 

Berjalan, stretching bantu keluarkan hormon ‘feel good’ Dopamine. 

Mood bahagia senyum. Tak adalah otak lemau nak sambung buat kerja. 

 

Masih ramai yang salah anggap bila meniti usia emas, nyanyuk jadi benda biasa. 

Nyanyuk, Alzheimer’s, demensia BUKAN sebahagian daripada ‘normal ageing’. Nyanyuk boleh dicegah dari awal. 

Mujur ada MCT oil. Bantu jauhi demensia, sejahtera hujung usia.

 

Setiap 1000 langkah berjalan melebihi 4000 sehari bantu kurangkan risiko kematian awal sebanyak 15%. 

Konsisten berjalan antara 7000 hingga 12,000 langkah sehari boleh kurangkan SEPARUH risiko mati muda. 

 

Berat turun tapi kenapa tak rasa cergas? Lepas itu lengan & paha menggeleber? 

Ini 8 tips mudah nak pastikan berat turun ialah berat lemak:

Pantau kalori, tukar rutin senaman, fokus senaman beban, lebihkan makanan tinggi protein, tidur cukup, minum cukup air,

Kawal stres, jangan skip makan, hadkan karbo ringkas.

 

Boleh amal?

Anda Juga Mungkin Berminat

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

Scroll to Top