10 Fakta Menarik Tentang Jantung!

Cuba genggam tangan, akan terbentuk satu penumbuk.

Itulah anggaran saiz jantung manusia.

Jantung ialah organ berotot terkuat dalam tubuh.

Fungsinya untuk mengepam darah ke seluruh tubuh.

Walaupun sekecil penumbuk,

Namun jantung mampu mengepam darah 24 jam tanpa henti.

Power tak power jantung!

Ini FAKTA MENARIK tentang jantung ramai yang tak tahu:

 

1. DEGUP TANPA HENTI

Jantung boleh berdegup sehingga 130,000 kali dalam sehari tanpa henti.

Sekiranya jantung terhenti selama beberapa minit,

Tuan/Puan akam pitam/pengsan kerana darah tak sampai ke OTAK.

 

2. HIDUP DI LUAR TUBUH

Walaupun jantung dikeluarkan daripada tubuh,

Jantung dihidupkan oleh satu sistem yang hasilkan aliran elektrik tersendiri,

Untuk pastikan otot jantung boleh mengendur dan menguncup.

Jadi, jantung masih akan berdegup walaupun terpisah daripada tubuh!

 

3. SEL TIDAK BERANAK PINAK

Tak seperti organ hati yang masih boleh tumbuh semula,

Jantung terdiri daripada sel sel yang tidak boleh berkembang semula.

Jadi, sel jantung rosak takkan boleh diganti semula dengan sel jantung baru.

 

4. JUARA KEMATIAN

Sayangnya,

Penyakit jantung kekal menjadi punca kematian nombor satu di seluruh dunia.

Lebih spesifik, penyakit jantung iskemik,

Iaitu keadaan di mana salur darah tersumbat mengakibatkan oksigen tak sampai ke jantung.

 

5. Berat jantung ialah antara 250g – 350g.

6. Degup bayi baru lahir lebih cepat berbanding dewasa.

7. Jantung terletak di tengah dad, sedikit miring ke kiri.

8. Jantung dilindungi dengan strategik oleh tulang rusuk.

9. Jantung wanita berdegup lebih kencang berbanding lelaki.

10. Jantung mengepam lebih kurang 5.7 liter darah ke seluruh tubuh.

 

Jadi, sayangilah satu satunya jantung Tuan/Puan.

Anda Juga Mungkin Berminat

10 Fakta Menarik Tentang Jantung!

Apa Kesan Andropause Ke Atas Lelaki?

10 Tips Legakan Gastrik Secara Semula Jadi

7 Bahagian OTAK Ini Diaktifkan Ketika Anda Traveling!

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024

Bagaimana Melancong Bantu Lambatkan Penuaan?

Scroll to Top
0