Nak tahu apa beza bukit dengan gunung?
Mana-mana puncak melebihi 1000 meter dipanggil gunung.
Bawah daripada tu, dipanggil bukit.
Pernah hiking?
Antara ‘hotspot’ hiking di KL termasuk:
- Bukit Broga
- Bukit Tabur
- Gunung Datuk
- Gunung Semangkok
- Taman Eco Rimba
Hiking sangat bermanfaat untuk kesihatan.
Terutamanya jika seseorang itu mendaki dengan cepat,
Hiking aktiviti cardio berimpak rendah cukup bagus untuk tubuh.
Bagi yang ambil berat tentang kiraan kalori,
Hiking bantu bakar kalori sekitar 500 kalori setiap sejam.
Rembesan hormon Adrenaline bantu boost prestasi mental & emosi.
Hiking biasanya bermula pada waktu pagi.
Ini dapat tingkatkan lagi pendedahan tubuh kepada cahaya matahari.
Iaitu sumber utama vitamin D bagus untuk tulang!
Tahu tak?
Kajian dibuat ke atas pendaki yang hiking 2 kali dalam masa 3 hari dapati,
Jumlah sel darah putih meningkat sebanyak 40%!
Dan kekal 15% lebih tinggi selama sebulan!
Bertindak sebagai booster untuk sistem imuniti tubuh.
Hiking mampu cabar tahap stamina anda.
Hiking tersenarai dalam kategori 5 Aktiviti Kardio Terbaik Untuk Kesihatan!
Empat lagi iaitu:
- Berlari
- Berenang
- Berbasikal
- Strength training
Bila konsisten hiking,
Dapat menguatkan otot kaki & otot gluteal,
Iaitu otot punggung yang terdiri daripada:
- gluteus maximus
- gluteus medius
- gluteus minimus
Mereka yang kaki hiking punyai kekuatan kaki yang luarbiasa.
Sama juga kalau suka berlari marathon.
Hiking juga dapat cegah risiko tulang rapuh atau Osteoporosis.
Naik turun bukit juga akan lancarkan aliran darah.
Dan rendahkan risiko terkena penyakit kronik seperti:
- tekanan darah tinggi
- penyakit jantung
- kolesterol tinggi
- diabetes