Diabetes Penyebab Kegagalan Buah Pinggang

Hari ini tanggal 14 November.

Ialah sambutan Hari Diabetes Sedunia🌏

Jangan ambil ringan akan Diabetes.

Diabetes (kencing manis) ialah penyakit kronik,

PENYUMBANG KEMATIAN TERTINGGI dalam negara🇲🇾

Selain,

  • TEKANAN DARAH TINGGI
  • PENYAKIT JANTUNG ISKEMIK
  • JANGKITAN KUMAN PARU-PARU
  • KOLESTEROL TINGGI

Tahukah Tuan/Puan?

Jika individu menghidap Diabetes di usia 15 tahun, maka jangka hayatnya berkurang sebanyak 12 tahun!

 

 

Diabetes dibahagi kepada 2 jenis:

Diabetes Jenis 1:

Di mana organ pankreas kurang hasilkan Insulin – hormon yang mengawal gula dalam darah.

Diabetes Jenis 2:

Tubuh tidak dapat gunakan Insulin yang dihasilkan dengan efektif mengakibatkan insulin resistance.

Diabetes yang aktif ‘serang’ golongan muda di negara kita ialah Diabetes Jenis 2.

Disebabkan oleh 3 faktor utama ini:

  • tidak jaga pemakanan
  • kurang senaman
  • masalah berat badan (overweight, obese)

Antara simptom awal Diabetes Jenis 1 termasuk:

  • Kerap buang air kecil
  • Selalu rasa lapar/dahaga
  • Berat turun mendadak
  • Penglihatan kabur
  • Kerap letih/lesu

Untuk Diabetes Jenis 2,

Simptom lebih kurang sama cuma kesan tidak serta merta.

Dan ambil masa lama untuk dikenalpasti. 

Sebab itu penting Tuan/Puan buat pemeriksaan darah secara berkala.

Jika dibiarkan, boleh rosakkan salur darah pada organ utama:

  • Saraf
  • Mata
  • Jantung
  • Buah pinggang

Dan mengakibatkan masalah pada kaki iaitu ulser kaki,

Luka di kaki lambat sembuh. 

Risiko luka dijangkiti kuman & perlu dipotong. 

Mahu cegah risiko Diabetes terutama Jenis 2:

  • Aktif bersenam
  • Jaga pemakanan
  • Pantau berat badan

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0