Manusia diciptakan dalam dua jantina.
Iaitu LELAKI dan WANITA.
Setiap jantina ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.
Kalau cakap bab kanser,
Penyakit yang semakin aktif menyerang rakyat Malaysia dalam masa sepuluh tahun.
Kanser ovari terbentuk pada mereka yang punyai ovari sahaja khususnya wanita.
Sama dengan kanser prostat iaitu khusus ada pada lelaki sahaja.
Nak tahu tak?
Lelaki secara fizikal jauh lebih kuat berbanding wanita.
Kerana lelaki punyai hormon Testosteron lebih tinggi.
Tapi dari segi biologi,
Lelaki lebih lemah berbanding wanita.
Kerana wanita punyai hormon Estrogen lebih tinggi.
Hormon Estrogen dikaitkan sebagai hormon bersifat ‘protective’ terhadap pelbagai risiko penyakit.
Ini 6 penyakit lebih ‘serang’ kaum Adam berbanding kaum Hawa.
🚨Penyakit Jantung
Ikut kajian,
Lelaki lebih terdedah kepada penyakit jantung disebabkan kolesterol tinggi.
Secara biologi,
Lelaki & wanita punyai jumlah kolesterol jahat lebih kurang sama.
Tetapi!
Wanita punyai jumlah kolesterol baik lebih tinggi berbanding lelaki.
Selain faktor lain seperti lelaki lebih kerap merokok.
🚨Penyakit Parkinson
Lelaki punyai risiko hidap Parkinson 1.5 kali ganda lebih tinggi.
Fungsi OTAK & saraf merosot seiring waktu.
Otot mula mengecut & mengeras.
Mengakibatkan tubuh mula terketar ketar di luar kawalan.
🚨Penyakit Melanoma
Melanoma ialah kanser kulit yang paling mudah merebak.
Boleh berkembang dalam tahi lalat sedia ada.
Atau muncul sebagai bintik gelap di kulit.
Kajian dapati,
Lelaki lebih berisiko tinggi hidap Melanoma selepas cecah usia 50 tahun.
Berbanding wanita kerana wanita lebih peka akan penjagaan kulit berbanding lelaki.
🚨Kanser Pankreas
10% risiko kanser pankreas berpunca daripada genetik.
Kanser pankreas lebih lazim dalam kalangan lelaki disebabkan kadar merokok yang tinggi.
Risiko lain termasuk BMI overweight/obese, tak bersenam, tak jaga makan, ambil minuman keras.
🚨Gout & Batu Karang
Gout ialah bengkak atau radang sendi terutama di bahagian kaki.
Disebabkan paras asid urik tinggi dalam tubuh.
Gout lebih kerap menyerang lelaki kerana secara biologi, tubuh wanita lebih cekap singkirkan lebihan asid urik.
Disebabkan itu,
Lelaki yang berisiko hidap gout juga berisiko tinggi kena batu karang.
Lebihan asid urik akan dibentuk jadi ‘kristal urate’ –
Kristal urate akan terkumpul dalam salur kencing & membentuk bijian batu.
🚨Aneurisma Aorta Abdomen (AAA)
AAA ialah pembengkakan tak normal pada aorta –
Iaitu salur darah utama yang bekalkan darah kepada organ & bahagian bawah tubuh.
Risiko AAA dalam kalangan lelaki adalah 3-5 kali ganda lebih tinggi daripada wanita.
Disebabkan merokok, tekanan darah tinggi & Atherosclerosis (salur darah mengeras & menyempit).
Belajar sesuatu?