Gangguan Fungsi OTAK Punca Epilepsi

Risau bila tengok anak alami sawan.

Sampai putih biji mata. Mulut sampai berbuih.

Sawan lazim terjadi kepada kanak-kanak.

Kalau anak kecil demam,

Jangan sampai melarat kerana boleh mengakibatkan sawan.

Walaupun sawan jenis ni bukan epilepsi.

Antara punca terbentuknya sawan:

  • Demam panas
  • Kurang gula dalam darah
  • Jangkitan kuman di OTAK

Apabila berlaku cetusan aktiviti elektrik mendadak di OTAK⚡

Maka, terjadinya sawan 🐷 atau epilepsi.

Puncanya kerana masalah gangguan fungsi OTAK pada sel saraf (neuron),

Menyebabkan OTAK tidak dapat berfungsi dengan normal.

Bagi individu yang alami sawan,

Apabila aktiviti sel neuron terganggu, 

Berlaku gangguan pada deria rasa, emosi & kelakuan.

Seterusnya menyebabkan kejang otot serta tidak sedarkan diri.

Jika individu itu alami 2 kali episod sawan,

Maka dia alami epilepsi.

Epilepsi dibahagi kepada 2 iaitu,

Epilepasi separa:

Gangguan saraf bermula di satu bahagian tertentu di OTAK.

Epilepsi menyeluruh:

Gangguan saraf membabitkan keseluruhan bahagian OTAK.

Jenis sawan melibatkan kanak-kanak:

Sindrom West:

Berlaku pada kanak-kanak antara 4-8 bulan.

Sindrom Lennox-Gastaut:

Epilepsi paling teruk berlaku pada kanak-kanak.

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Makanan Untuk Atasi Vertigo Secara Alami

20 Nutrisi Kangkung Yang Menyokong Kesihatan Tubuh

7 Kebaikan Rock Melon Yang Bagus Untuk Tubuh Anda

10 Kelebihan Apple Cider Bantu Baiki Pencernaan, Gula Darah & Imun

Ubi Keledek Ungu atau Keledek Oren: Mana Yang Lebih Baik Untuk Kesihatan?

manfaat bayam

13 Manfaat Bayam Untuk Tenaga, Usus & Kesihatan Menyeluruh

Scroll to Top