Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Bulan November baru baru ini,

Dunia telah dikejutkan dengan turunnya salji di kawasan gurun Al-Jawf, Saudi Arabia.

Ia fenomena kali pertama pernah disaksikan penduduk di situ.

Bulan Oktober menyaksikan,

Taufan gergasi Milton kategori 3 dengan kelajuan angin sehingga 193km/jam!

Yang menyerang negeri di Amerika Syarikat.

 

Bulan September pula menyaksikan berlakunya banjir besar & tanah runtuh di Nepal,

Yang meragut lebih 240 mangsa.

Tanda akhir zaman? Tanda kiamat?

Atau disebabkan krisis perubahan iklim yang semakin ‘tenat’?

Di negara kita sekarang ini juga,

Banjir melanda hampir kesemua negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Pahang, Johor.

Dengan hampir 140,000 mangsa dipindahkan.

Walaupun air sudah mulai surut,

Penghujung November baru permulaan gelombang pertama.

Malaysia dijangka akan hadapi 3 gelombang hujan lebat berterusan.

Negeri Pantai Timur khususnya paling berisiko tinggi banjir disebabkan luruan monsun.

Atau luruan udara sejuk serta sistem cuaca tekanan udara di Laut Cina Selatan.

Malaysia terletak di atas garisan Khatulistiwa di mana cuaca dipengaruhi oleh 2 angin monsun utama,

Iaitu Monsun Barat Daya & Monsun Timur Laut.

Monsun Barat Daya bawa cuaca kering & panas manakala Monsun Timur Laut bawa cuaca lembap hujan basah.

Sebab nama pun Timur Laut,

Jadi negeri di belah Timur lebih cenderung untuk banjir.

Belajar sesuatu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Scroll to Top