14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

Organ Appendix sering dikatakan sebagai tidak berguna.

Namun, seiring dengan penemuan kajian terkini,

Appendix ialah ‘lubuk’ bakteria baik,

Yang bantu pencernaan ‘Cellulose‘ dari makanan berasaskan tumbuhan.

Jika terkena radang Appendix (Appendicitis),

Disebabkan oleh diet tidak sihat,

Iaitu banyak makan makanan berproses serta tabiat makan berlebihan.

Terutama makanan tidak sihat tinggi minyak, pengawet, perasa & pewarna tiruan.

Semua ini menyebabkan kerosakan pada dinding usus,

Mempengaruhi keseimbangan bakteria dalam usus.

Di mana bakteria jahat melebihi jumlah bakteria baik penyebab pelbagai penyakit.

Radang Appendix menyebabkan sakit di bahagian perut bawah kanan.

Jika dibiarkan boleh pecah, jadi nanah atau punca jangkitan darah.

Rawatan biasa ialah Antibiotic & Appendicectomy iaitu pembedahan kecil buang Appendix.

Dari segi pemakanan pula,

Jauhi sumber tinggi kafein & alkohol.

Serta makanan terlalu pedas🌶

Minum air putih, sup atau jus campuran sayur buah.

Jika makan sayur,

Sebaiknya masak dulu sayur dengan celur beberapa minit.

Atau goreng kilas supaya kerangupan sayur dikekalkan.

Contoh makanan tinggi ‘anti-radang’ seperti:

    • Buah
    • Sayur berdaun hijau
    • Lobak merah
    • Beetroot
    • Timun
    • Lobak putih
    • Daun pudina
    • Biji halba
    • Minyak zaitun ‘extra virgin’
    • Cuka buah tin
    • Greek yogurt
    • Halia
    • Kunyit
    • Ginseng 

Anda Juga Mungkin Berminat

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Rahsia Terbongkar: Makanan Mengganggu Tidur Buat Anda Penat Setiap Pagi!

Tips Tidur WWW: 3 Amalan Sebelum Tidur Yang Ramai Tak Buat

Tidur Nyenyak Dengan Cahaya Matahari? Ini Sebab Ramai Tak Sedar Kesannya Pada Otak

3 Sebab Kenapa Anda Cepat Lesu Bila Tidur Lepas Sahur

Scroll to Top