Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Tuan/Puan pernah alami?

Apabila bangun daripada tidur atau berdiri secara tiba-tiba,

Rasa nak pitam. Kepala pusing. Mata berpinar-pinar.

Keadaan ini dipanggil Orthostatic Hypotension.

Iaitu satu bentuk masalah Hypotension atau tekanan darah rendah.

Apabila tubuh berdiri daripada duduk atau berbaring,

Salur darah bertindak balas terhadap pusat graviti dengan menyempitkan salur darah,

Bagi mengelakkan paras tekanan darah jatuh mendadak.

Dan memastikan oksigen cukup disalurkan ke OTAK.

Tetapi apabila berdiri terlalu cepat,

Salur darah tidak menyempit sepenuhnya menyebabkan tekanan darah menurun.

Oksigen berkurang menyebabkan simptom di bawah:

    • penglihatan kabur
    • kejang otot
    • pening
    • loya
    • pitam

Antara punca berlakunya Orthostatic Hypotension:

    • demam
    • berbaring terlalu lama
    • alkohol berlebihan
    • kesan ubatan
    • dehidrasi
    • kehilangan darah

Masalah lain termasuk Anemia, Diabetes, Parkinson’s, penyakit jantung, penyakit saraf.

Cara elak risiko Orthostatic Hypotension daripada kerap berlaku?

    • sendal kepala dengan bantal
    • berdiri & bangun perlahan
    • pakai stokin semasa tidur
    • minum cukup air putih
    • elak berdiri lama tanpa gerakan
    • ambil minuman teh/herba
    • ambil minyak sihat (MCT, EVOO)
    • buat pemeriksaan tekanan darah

Anda Juga Mungkin Berminat

Ramai Tidak Sedar Kesilapan Ini Ketika Berbuka Sampai Badan Jadi Lemau

7 Sebab Mengejutkan Kenapa Anda Perlu Elak Minuman Berkafein Semasa Puasa

7 Sebab Penting Ambil Protein Ketika Puasa Untuk Kekal Bertenaga

Kenapa Berbuka Dengan Kurma Dahulu? Ini Hikmah Kesihatan Yang Jarang Dikongsi

Menu Ramadan Penentu Tenaga dan Emosi Anak-Anak

Kesan Penggunaan Handphone Sebelum Tidur: Punca Tidur Tak Lena Ramai Tak Sedar

Scroll to Top