Hari Bahagia Maryam Safiya

Hari ini hari bahagia Maryam Safiya. Dapat tempat pertama tahun 6. Dapat Anugerah Perdana Guru Besar. Allah rezekikan lagi dengan 6A. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada guru guru yang mendidik.

Nama Maryam diambil dari nama almarhum ibuku. Wanita hebat yang berjuang tanpa letih tanpa lesu. Mungkin Maryam ini jadi pengganti Maryamku dulu?

23843085_607340406323955_5274554523168049770_n

 

Imbas kembali tahun 2012. Tahun pulang ke Malaysia. Maryam hadir sekolah dengan wajah kesedihan.

Pulang sekolah dengan juraian air mata. Di fikir tiada kefahaman. Penuh kekeliruan.

Ilmu yang berupa software gagal digarap sebaiknya. Maklumat dan informasi hanya masuk sipi sipi. Tidak bulat tidak tepat.

Sebagai ayah, ada terkilan. Takkan mahu dibiarkan. Program dan formula makan dan minuman OCOC di desain.

Fokus pada hardware atau otak. Otak Maryam dibangunkan. Dibesarkan kapasiti. Ditingkatkan kelajuan dan prestasi.

Semenjak 2013, Maryam berada tempat pertama. Tiada lagi langkah ke belakang. Maryam jadi pendaki tangga jaya.

23754730_607340472990615_7774312105470168055_n

 

Syukur pada yang Esa pada anugerah dan nikmatnya. Anugerah pada yang berusaha.

Apapun Maryam anakku, UPSR ini adalah bingkisan kecil sebuah ujian. Hanya satu babak kecil dalam hidup. Sebahagian dari banyak lagi episod ujian.

Di depan sana ada lagi cabaran. Ada lagi kehidupan. Ada lagi usaha dan upaya yang perlu dibangunkan.

Apapun Maryan teruskan usaha. Bina pelangi di atas kepala sendiri. Tidak perlu terpesona dengan pelangi di atas kepala orang lain.

23843563_607340419657287_3128436753062973895_n (1)

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0