Si Putih & Jernih

Ianya putih. Seperti kristal. Indah pada pandangan mata.

Pada lidah ia mempesona. Penyedap. Memberi rasa.

Tidak pada tubuh. Tidak pada kulit. Ia undang derita.

Ia sebabkan kulit berkedut. Gelebeh. Penyebab tua sebelum usia.

Apabila dimakan, insulin meninggi. Keradangan berlaku. Pecahkan kolagen yang jadi kunci kulit cantik.

Apabila kunci ini diganggu, kedutan pada kulit kelihatan. Garis kecil menebal. Sehingga ada yang menegur perubahan kulit.

Cara singkat atasinya ialah letakkan foundation setebal tiga inci. Tempelan untuk menutup. Tapi ia tidak hilang.

Kedut masih ada. Cuma terselindung. Apabila foundation hilang, serlah kembali wajah kedut itu.

Tidak cukup dengan itu berlaku pula proses glycation. Cepatkan proses penuaan. Berikan wajah tua.

Wajah juga mula berminyak. Pori pori pada wajah tersumbat. Jerawat mula menjadi penghias. Begitu juga bintik bintik hitam, makin meluas jajahannya.

Semua ini berlaku kerana kristal putih jernih. Beri manis pada lidah. Manis pada makanan dan minuman.

Sedapnya ialah perangkap. Boleh bertukar menjadi malapetaka. Undang derita tidak kira usia.

Apa yang putih jernih seperti kristal itu?

Anda Juga Mungkin Berminat

10 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Jantung Dan Otak

8 Aktiviti Riadah Sihat Untuk Sekeluarga

9 Minuman Sihat Untuk Otak Kekal Cergas Dan Tajam

7 Khasiat Oat Untuk Jantung Lebih Sihat!

7 Tanda Awal Kolesterol Tinggi Ramai Tak Tahu!

9 Teknik ‘Sleep Hygiene’ Untuk Tidur Lebih Nyenyak

Scroll to Top