Jumaat pagi. Rutin seperti biasa. Seawal 5:50 pagi kereta sudah meluncur keluar.
Perjalanan lancar. Destinasinya sekolah Maryam.
Maryam duduk di sebelah, melayan perasaan barangkali.
Sesekali aku tengok Maryam. Dia hanya pandang ke depan.
Dalam kotak fikirku mungkin dia fikirkan keputusan UPSR yang keluar minggu depan.
Kesunyian awal pagi dipecahkan dengan suara anak berusia 12 tahun ini.
“Dad, you always talk about inflammation, keradangan. What is inflammation anyways?”
Aku tersentak. Soalan cepu emas seawal pukul 6:00.
Dalam hati aku monolog sendiri ‘ Dahsyat soalan minah ni.’
Aku lihat Maryam. Pandangannya tepat ke arah aku. Menanti jawapan pastinya.
Aku terangkan. “Pernah tengok epal yang dibelah?”
“Ya,’ jawab Maryam ringkas. “Isinya putihkan?” soalku pada Maryam.
Dia angguk.
“Kalau kita biar epal itu 3 jam di atas meja, apa yang akan berlaku?” soalku lagi.
Mataku masih memandang ke depan. Pandang jalan di hadapan.
“It turns to brownish. Look spoiled and rotten.” jawab Maryam. Ringkas dan padat.
Aku kata, ” Yang brownish dan nampak rotten itulah inflammasi. Itulah keradangan.
Organ kita asalnya bersih putih macam isi epal. Tapi apabila kita makan junk foods, kuih kuih, makanan manis-manis organ pun jadi macam isi epal yang diletak di luar itu.
They looked bad. Rotten,’
giliran aku pula bantai cakap Bahasa Inggeris. Terasa ‘terer’ sebentar.
Maryam angguk. Serius. “Pada otak pun sama?” tanya dia lagi.
“Ya. Mesti. Apa yang kita makan beri kesan langsung pada otak.”
jawabku sambil senyum pada Maryam.
“is it bad for female’s brain?” soal Maryam lagi.
Aku terfikir sebentar. Ke mana Maryam mahu bawa diskusi anak beranak ni?
“Ya. Females’ brain are more sensitive. Cara otak perempuan bekerja berbeza. Kita boleh bahagi kepada 15 jenis otak perempuan.”
“Wah banyaknya,” Maryam macam teruja pula. Oh sebab itu ayah nak buat program ni?
Apa nama program tu ayah?” Bertalu talu soalan Maryam.
AKu terfikir lagi.
“Maryam nak pergi sekolah ke nak sembang dengan aku ni. Nanti aku naik syeikh dia tak ke sekolah aku pun tak sampai ke tempat kerja.”
“Program tu nama OTAK PEREMPUAN OTAK POWER. Ayah akan KONGSI pasal 15 JENIS OTAK ini.
Tapi kena buat UJIAN OTAK dulu.
Lepas itu baharu bincang pasal DIET, HORMON, SUPLEMEN dan lain-lain lagi.”
‘Wah banyaknya,’ jerit Maryam. Ter’excited’ lagi gamaknya.
“Female’s brain is slightly complicated,” kataku sambil memegang kepala Maryam.
Maryam senyum. Tanganku dicium.
Tanda masa untuk dia masuk ke sekolah.