3 Tips Tidur (WWW)

Beberapa jam lagi kita akan tidur. Tidur untuk kerehatan. Tidur juga satu keberkatan.

Apabila mahu tidur perlu offline dengan gajet. Offline dari dunia maya.

Tapi perlu ONLINE dengan tuhan.

Online dengan tuhan gunakan alamat maya WWW.

1- W yang pertama ialah wudu’. Wudu’ turunkan suhu badan. Bantu tidur nyenyak.

Wudu’ undang doa keampunan dari malaikat.

(sanad jayyid disebut oleh AlHafidz Ibn Hajar dalam Fathul Bari XI/109).

Kajian dari Universiti Alexandria pula menemui bahawa jumlah kuman pada orang yang berwudhu lebih sedikit berbanding orang yang tidak berwudhu.

2- W yang kedua ialah witir. Lakukan witir apabila kita khuatir bangun sesusah azan subuh. Saidina Umar pastikan beliau witir dahulu sebelum tidur

3- W yang ketiga ialah wirid. Bacalah 3 Qul seperti pesan baginda Rasul (baca solawat) kepada Saidatina Aisyah.

Bertasbih 33 kali, bertahmid 33 kali dan bertakbir 34 kali (AlBukhari 4/102, Muslim 17/45)

Apabila mahu tidur pastikan offline hal dunia. Online dengan tuhan.

Ingat addressnya WWW sahaja.

Mudah bukan?

Maklumat dari kajian saintifik. Tidur tidak cukup pula sebabkan:

1. Kemalangan jalan raya

2. Masalah rumahtangga dan perhubungan

3. Prestasi kerja merosot

4. Kemalangan di tempat kerja

5. Masalah memori

6. Gangguan pada mood

7. Penyakit jantung

8. Obesiti

9. Diabetes

Apabila mahu tidur lewat, sila pilih salah satu daripada di atas.

Bayangkan kita berada dalam salah satu situasi di atas.

Rasai keperitannya. Dengarkan suara jeritan dan rintihan kesakitan.

Kalau mampu tahan, silakan tidur tidak cukup itu.

#DrOtak

Anda Juga Mungkin Berminat

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

7 Punca Penyebab Nyanyuk (Demensia)

9 Kesan Cuaca Panas Pada Otak

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

Scroll to Top