Rupa-rupanya, ada rahsia apabila kita makan bawang merah secara mentah!
Ramai tak tahu bawang merah banyak khasiatnya dan ia bagus untuk kesihatan.
Bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa L,
Sejenis tumbuhan yang terdiri dalam kumpulan Liliaceae yang hanya tumbuh di Eropah, Asia, Amerika Utara, dan Afrika.
Berdasarkan sejarah, BAWANG MERAH dipercayai telah dimanfaatkan oleh manusia sejak 3,200 tahun sebelum Masihi lagi
Penduduk Mesir Purba dipercayai antara kelompok terawal yang menggunakan sayuran ini.
Sayuran jenis bawang merah ini pernah disebut dalam al-Quran menerusi surah Al-Baqarah: Ayat 61;
Menyatakan bahawa
Bahan makanan itu telah digunakan oleh kaum Bani Israel sekitar 1,500 sebelum Masihi sebagai salah satu makanan utama mereka
Hampir semua jenis masakan di Malaysia menggunakan bawang merah.
Namun, ramai yang tidak tahu akan kebaikan yang terkandung dalam isinya.
Walau bagaimanapun,
Kita perlu ingat!
Bawang merah harus dimakan mentah untuk mendapatkan khasiatnya. Kerana apabila ia dimasak, sebatian kimia bawang merah sudah berubah
Tuan/Puan tahu tak?
Bawang merah mampu menjadi penawar untuk merawat pelbagai penyakit?
Mari kita ketahuinya!
Antara penyakit yang dapat dirawat ialah:
i. Mengurangkan Risiko Kardiovaskular
Satu kajian menunjukkan bahawa bawang merah mengandungi
Sebatian organosulfur yang menjadi agen anti-platelet.
Apa itu anti-platelet?
Antiplatelet adalah keadaan dimana berlakunya proses pembekuan darah apabila berlaku sesuatu kecederaan.
Ia boleh menyebabkan pembentukan bekuan yang boleh menyumbat saluran darah.
Disebabkan itu,
Bawang merah dipercayai dapat merencatkan agregasi platelet,
Sekaligus meningkatkan kesihatan jantung.
ii. Mengawal Kadar Glukosa
Mineral kromium yang terkandung dalam bawang merah membantu mengawal kadar gula dalam darah.
Ia sangat sesuai untuk pesakit diabetes dan kencing manis.
Khasiat bawang merah ini hanya berkesan dengan memakannya begitu sahaja.
Power kan?
iii. Agen Anti-asma & Anti-lelah
Sebatian sulfur thiosulfinates dalam bawang merah berupaya meredakan penyakit asma, kerana ia bertindak sebagai agen yang membantu mengurangkan semput yang dialami oleh pesakit
iv. Mencegah Kanser & Keradangan
Terdapat quercetin dalam bawang merah membantu melawan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA,
Dan membantu meredakan keradangan.
Manakala, sulfur dapat membantu mengurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat.
v. Membantu Penghadaman
Serat yang terkandung dalam bawang merah dapat membantu:
- Melancarkan sistem penghadaman
- Membersihkan usus
- Mencegah sembelit
Bukan itu sahaja,
Bawang merah juga mengandungi saponin.
Ia dapat mengurangkan sakit perut dan kekejangan.
vi. Anti-penuaan
Bawang merah mengandungi vitamin A,C dan E yang mampu melawan kerosakan akibat sinaran UV dan pembentukan radikal bebas
Antioksidan yang terkandung dalam bawang ini juga membantu melambatkan proses penuaan,
Yang menjadikan kulit lebih awek muda!
Menarik bukan?
Rupa-rupanya, banyak lagi khasiat lain dalam bawang merah ini!
Ramai yang tak tahu! Antaranya ialah:
- Meningkatkan selera makan
- Meneutralkan toksin dalam tubuh
- Meneutralkan toksin dalam tubuh
- Mengurangkan rasa loya dan mengelakkan muntah
- Merawat buasir
- Melancarkan kitaran haid
- Merawat mata yang kerap berair
- Merawat masalah telinga berair dan berdengung
- Membantu merawat penyakit kusta
- Menyokong sistem penghadaman
- Memperbaiki sel dan tisu badan
- Meningkatkan daya ingatan dan menguatkan sistem saraf
- Mencegah kanser
Power tak power BAWANG MERAH ni?
Tetapi perlu diingat!
Mungkin sesetengah orang mengalami masalah alahan,
Atau proses pencernaan akibat pengambilan bawang merah secara berlebihan.
Jadi!
Pastikan Tuan/Puan mengambilnya secara sederhana,
Bagi mengelakkan kesan sampingan seperti;
Bau mulut atau rasa pedih perut.
Bawang merah bukan sekadar bahan dapur semata-mata,
Ia adalah anugerah alam semula jadi yang penuh dengan manfaat kesihatan
Dengan pengambilan secara konsisten dan sederhana,
Bawang merah boleh menjadi kunci untuk meningkatkan kesihatan tubuh dan merawat pelbagai penyakit.
Jadi, jangan pandang rendah pada bawang merah di dapur anda ya!
Ia mungkin rahsia kesihatan yang anda cari selama ini!
Tahu sesuatu?