Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Berhati-hati semasa melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Seperti bersenam, berjoging, berlari, bermain bola sepak, bermain badminton.

Sama juga dengan aktiviti hiking🏔

Aktiviti seperti ini tingkatkan risiko terkena Meniscus Tear.

Risiko lebih tinggi jika:

  • over-exercise‼️
  • berat badan berlebihan‼️
  • tak warmup dengan betul‼️

Apa itu Meniscus Tear?

Meniscus Tear berlaku apabila salah satu bahagian tulang rawan di lutut cedera & terkoyak.

Meniscus adalah tulang rawan berfungsi sebagai ‘bantal’ pada sendi lutut.

Meniscus Tear berlaku apabila kaki menerima hentaman atau hentakan kuat.

Biasa berlaku kepada pemain bola keranjang & bola sepak.

Apa simptom Meniscus Tear?

  • Muncul bunyi ketika pergerakan
  • Pergerakan terbatas
  • Sukar meluruskan lutut
  • Sakit di kedua-dua belah lutut
  • Bengkak di kawasan sendi

Bagaimana cara atasi Meniscus Tear?

Untuk diet bagi lancarkan proses penyembuhan,

Perbanyak sumber Fiber daripada sayur & buah, Protein daripada ikan, ayam & minum air putih🥒🍏🥛

Dalam kes melibatkan koyakan ringan & sederhana,

Terapi R.I.C.E akan dicadangkan:

R – Rest

Rehat daripada sebarang aktiviti untuk kurangkan kesakitan & bengkak.

I – Ice

Ais sebagai ‘cold pack’ ditekap pada kawasan terkesan selama 20 minit pada satu masa.

C – Compression

Pakai pembalut mampat elastik untuk elak bengkak.

E – Elevation

Berbaring semasa rehat dengan letakkan kaki lebih tinggi.

Solusi lain termasuk:

  • Ubat Antiradang Bukan Steroid (NSAID)
  • Pembedahan Arthroscopy (baiki atau keluarkan potongan yang terkoyak)

Anda Juga Mungkin Berminat

Rahsia Terapi Muzik untuk Otak: 4 Cara Mudah Tajamkan Memori & Fokus

Tips Jaga Otak Ketika Shift Malam: 5 Cara Elak Otak “Burnout” Walaupun Kurang Tidur

Kenapa Badan Anda Dah Tak Sehebat Dulu Walaupun Masih Sihat

Kenapa Lagu Raya Klasik Lebih Melekat Di Hati Ini Jawapan Dari Sains Otak

Biskut Raya Bahaya: Sedap Di Mulut, Senyap-Senyap Rosakkan Otak & Jantung

Tauhu dan Kuah Kacang: Gabungan Sedap Tapi Boleh Ganggu Serapan Zat Besi?

Scroll to Top