Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Tahu tak?

Otot perlukan lebih banyak kalori berbanding lemak untuk berfungsi.

Ini kerana otot guna 13 kalori per kilogram setiap hari.

Lemak guna 4.5 kalori per kilogram setiap hari.

Di sini kita boleh lihat,

Bahawa otot lebih aktif secara metabolik berbanding lemak.

Sebab itu otot boleh bakar lebih banyak kalori berbanding lemak.

Persoalannya?

Susah ke nak turunkan berat dengan turunkan peratus lemak?

Ramai terlalu fokus,

Nak pastikan angka di penimbang seringan mungkin.

Tanpa hiraukan kesan pada tubuh.

Dengan cara diet ekstrem iaitu makan terlalu sedikit,

Sehingga tak memenuhi kalori harian tubuh!

Ada juga nak solusi mudah tanpa perlu bersenam atau jaga makan,

Dengan produk kurus, pil pelangsing, krim panas💊

Tanpa fikir  RISIKO BAHAN BERBAHAYA ada dalam produk tersebut.

Nak kekalkan berat badan pada BMI normal, kena disiplin.

Pastikan tubuh sentiasa aktif bergerak setiap hari.

Jadikan senaman sebagai rutin mingguan.

Makan makanan bernutrisi🥦🥝

Barulah turun berat lemak. Bukan turun berat otot.

Apa beza turun berat dengan turun lemak?

TURUN BERAT❎

  • inci tak turun
  • stamina menurun
  • metabolisma menurun
  • mudah jatuh sakit
  • lengan  menggeleber
  • tubuh tiada ‘shape’ 

TURUN LEMAK✅

  • inci menurun
  • stamina meningkat
  • metabolisma meninggi
  • jarang jatuh sakit
  • lengan ‘toned’
  • tubuh ada ‘shape’

Anda Juga Mungkin Berminat

Persekitaran Tidur: 7 Faktor yang Mempengaruhi Kualiti Tidur Anda

Mikroplastik dalam Otak: Ancaman Senyap untuk Generasi Muda

Snek Kenyang Palsu: Perut Rasa Penuh, Badan Tetap Tertipu

Naik tangga antara aktiviti fizikal mudah untuk kesihatan

Kenapa 10 Minit Aktiviti Fizikal Sudah Cukup Beri Manfaat

7 Punca Nyanyuk di Usia Muda & Kenapa Ia Terjadi

7 Tanda Awal Strok Senyap Yang Wajib Anda Kenali

Scroll to Top