7 Manfaat Peluk Pokok Menurut Kajian

Tahun 2024 menyaksikan,

Seorang lelaki dari negara Ghana,

Yang berjaya pecahkan rekod dunia apabila dia,

Memeluk 1123 batang pokok dalam masa sejam!

Menarik juga, bukan?

Anda kalau stres, buat apa?

Kalau saya,

Buat macam lelaki Ghana ni atau Pakcik Kento.

[lihat gambar di bawah]

Nak tahu tak?

Dalam budaya masyarakat Jepun,

Ada satu amalan orang Jepun biasa buat untuk lepaskan stres,

Iaitu Shinrinyoku bermaksud ‘forest bathing’ atau ‘tree hugging’.

Jepun ada banyak pokok tua besar yang hidup beratus tahun.

Bahkan beribu tahun lamanya!

Aktiviti dimulakan dengan berjalan di sekitar pokok,

Sambil hirup udara segar,

Diakhiri dengan peluk pokok.

Nampak macam pelik, bukan? Namun,

Ada manfaat di sebalik aktiviti ini.

Kajian jurnal Environmental Health and Preventive Medicine (2017) dapati,

Hanya dengan peluk pokok selama beberapa minit saja,

Bantu kurangkan tekanan stres & tingkatkan hormon Oxytocin

Hormon kasih sayang & kepercayaan.

Bantu tingkatkan mood gembira. 

Kurangkan mood berkaitan depression & anxiety.

Bantu turunkan paras Cortisol – hormon stres.

Bukan itu saja,

Peluk pokok juga boost sistem imun tubuh.

Pokok lepaskan Phytoncides iaitu,

Sejenis bahan untuk lindungi pokok daripada serangan penyakit.

Ia bersifat ‘anti-radang’ kepada manusia.

Apabila manusia peluk pokok, 

Tubuh juga turut serap bahan ini.

Mereka yang kerap luangkan masa untuk,

Tenangkan minda & fizikal di kawasan alam semula jadi,

Didapati punyai degupan jantung lebih stabil,

Serta punyai tekanan darah normal lebih baik berbanding yang tak luangkan masa.

Risiko terkena penyakit jantung & strok lebih rendah.

Boleh lah lepas ni biasakan diri peluk pokok.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Puasa & Awet Muda: Rahsia Perlahan Penuaan Dan Panjangkan Umur Yang Ramai Tak Sedar

Bersahur & Berpuasa Dengan Celtic Salt: Rahsia Kekal Bertenaga, Kurang Dahaga & Tak Lemah Sepanjang Ramadan

Paras Normal Gula Darah Semasa Puasa: Berapa Bacaan Sebenar Yang Dianggap Sihat?

Apa Itu Autophagy? Kenapa Ada Orang Puasa Makin Sihat, Ada Yang Makin Lemah

Kerap Sakit & Mudah Jatuh Demam? Ini Herba Semula Jadi Yang Bantu Naikkan Sistem Imun Tubuh

9 Makanan Bantu Baiki Pernafasan Secara Semula Jadi

Scroll to Top