PSORIASIS adalah sejenis penyakit auto-imun yang boleh menjejaskan kulit anda! Ia menyerupai ruam kemerah-merahan di permukaan kulit
Tahukah anda?
Psoriasis ini menyebabkan sel kulit tumbuh
lebih cepat daripada biasa sehingga
mengakibatkan kulit bersisik, tebal dan gatal.
Penyakit ini biasanya terjadi pada kawasan
seperti; kulit kepala, siku, lutut atau
bahagian bawah belakang badan.
Walaupun masih tiada penawar
untuk penyakit ini,
namun kita boleh mencegahnya melalui
ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor.
Ada beberapa langkah gaya hidup yang
sesuai bagi mencegah penyakit ini
supaya anda dapat menjalani rutin harian
dengan lebih selesa!
i. Pengurusan Stress melalui Meditasi
Apakah perkaitan stress dengan psoriasis?
Haaa! Kalau anda nak tahu,
stress ini boleh menyebabkan keradangan tubuh
dan keadaan ini memberi kesan kepada kulit.
Jadi,
anda boleh menggunakan teknik meditasi
untuk meredakan stress yang dialami.
Ini adalah salah satu cara yang paling berkesan
dan mudah untuk melegakan stress.
Ada kajian menyatakan bahawa bermeditasi dalam tempoh masa tertentu setiap hari, boleh melegakan diri daripada stress sekaligus dapat mengurangkan keresahan
ii. Ubah Tabiat Pemakanan Harian
Percaya atau tak,
Sebarang perubahan kecil dalam tabiat
pemakanan anda boleh memberikan kesan
positif terhadap penyakit psoriasis yang dialami.
Bukan sahaja dapat atasi masalah penyakit ini,
malah membantu menghilangkan
simptom penyakit ini!
Kita sering dinasihatkan untuk
memperbanyakkan pengambilan sayur-sayuran,
bijirin penuh dan elakkan makan makanan
yang diproses seperti sosej.
Untuk mengelakkan keradangan,
anda mestilah menghindari makanan yang
mengandungi lemak tepu, lemak trans
dan tinggi kandungan garam.
iii. Lakukan Senaman
Aktiviti senaman mungkin menjadi sukar
kepada pesakit psoriasis kerana keadaan kulit
mereka yang boleh membuatkan mereka
berasa tidak selesa dan kurang yakin untuk
melakukan senaman di gym.
Namun begitu,
mereka boleh lakukan aktiviti senaman ini
dengan cara lain seperti;
- Brisk walk di halaman rumah
- Berjoging
- Berbasikal dsb.
Tahukah anda?
Senaman bukan sahaja membantu
menurunkan berat badan.
TETAPI!
Ia berupaya meningkatkan kecergasan tubuh,
memperbaiki mood, mengurangkan stress dan
meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan diambil.
iv. Pilih Produk Penjagaan Kulit yang Tepat
Tahukah anda?
Ada sesetengah produk,
boleh memburukkan lagi penyakit kulit
psoriasis yang dialami.
Sangat menggerunkan, bukan?
Pesakit psoriasis boleh menggunakan
produk penjagaan kulit yang BEBAS daripada
alkohol, bahan pewangi atau bahan-bahan kimia
yang boleh menjadikan kulit lebih kering.
Tuan/Puan,
Pelembap juga sangat penting untuk penjagaan
kulit terutamanya kepada penghidap psoriasis.
Penghidap psoriasis disarankan
perlu menggunakan bahan pelembap bagi
mengatasi masalah kulit bersisik dan rasa gatal.
v. Berhenti Tabiat Merokok
Pesakit psoriasis alah kepada bahan nikotin
yang terdapat dalam rokok.
NIKOTIN boleh bertindak mengubah sistem imun
dan meningkatkan risiko serangan pada tisu normal
yang boleh memburukkan lagi keadaan psoriasis.
kandungan dalam rokok boleh menjadi penyebab kepada sejenis kerosakan sel yang disebut sebagai kerosakan oksidatif
Mesti Tuan/Puan tertanya-tanya,
apa yang menjamin apabila kita berhenti merokok?
Adakah ia boleh mencegah psoriasis?
YA, BETUl!
Pertama!
Ia boleh meningkatkan respon tubuh individu
tersebut terhadap ubat-ubatan psoriasis.
Kedua!
Ia dapat mengurangkan risiko penyakit lain
yang berkaitan seperti penyakit Crohn,
masalah jantung, pankreas dan sebagainya.
Walaupun psoriasis tidak boleh sembuh sepenuhnya,
langkah-langkah ini boleh membantu mengurangkan
risiko dan mengawal gejalanya.
Yang paling PENTING!
Jaga kesihatan kulit dengan baik dan dapatkan
nasihat daripada doktor jika keadaan semakin teruk.
Tahu sesuatu? 😊