6 KEBAIKAN Berpuasa Untuk Kesihatan Menurut Sains!

Ramadan ialah bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam,

di mana umat Islam di seluruh dunia diwajibkan

berpuasa selama sebulan sebagai suatu bentuk ibadah

dan ketakwaan kepada Allah.

Sepanjang bulan Ramadan, umat Islam perlu menahan diri daripada

makan dan minum serta elak daripada perkara yang

membatalkan puasa dari waktu fajar hingga terbenam matahari.

 

Namun begitu,

puasa bukan sekadar amalan spiritual,

tetapi juga mempunyai pelbagai kebaikan kesihatan

yang telah dibuktikan oleh kajian sains.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan 6 kebaikan puasa

untuk kesihatan menurut sains dan bagaimana ia boleh

memberi kesan positif kepada tubuh dan minda.

 

1. Membantu Menurunkan Berat Badan

Berat badan bukan sahaja untuk penampilan yang menarik,

tetapi juga untuk mengekalkan kesihatan.

Berpuasa membantu mengurangkan pengambilan kalori

dan meningkatkan pembakaran lemak.

Maklumlah, kita menahan lapar dan dahaga lebih daripada 10 jam.

Jadi, jelaslah ia terbukti mampu menurunkan berat badan!

Kajian menunjukkan bahawa puasa menggalakkan autophagy, iaitu proses di mana sel-sel badan membersihkan sisa dan memperbaiki diri, yang turut membantu dalam pengurusan berat badan.

2. Mengawal Paras Gula dalam Darah

Puasa terbukti membantu meningkatkan sensitiviti insulin,

yang penting dalam mengawal paras gula dalam darah.

Jelaslah bahawa berpuasa sangat sesuai untuk

membantu mengawal penyakit diabetes.

Kajian mendapati bahawa individu yang berpuasa mengalami penurunan kadar insulin dan toleransi glukosa yang lebih baik, sekali gus mengurangkan risiko penyakit diabetes jenis 2. Namun begitu, pesakit diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa.

3. Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kesihatan jantung berkait rapat dengan gaya hidup dan pemakanan.

Berpuasa membantu menurunkan tekanan darah,

mengurangkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat)

dan mengawal trigliserida, yang kesemuanya

penting untuk kesihatan jantung.

Kajian juga menunjukkan bahawa individu yang berpuasa mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular

Antara contoh penyakit kardiovaskular:

  • Penyakit Jantung Koronari (Coronary Artery Disease – CAD) – Penyebab utama serangan jantung, berlaku apabila saluran darah ke jantung tersumbat akibat plak kolesterol.
  • Serangan Jantung (Myocardial Infarction) – Berlaku apabila aliran darah ke otot jantung terhenti sepenuhnya, menyebabkan kerosakan pada jantung dan boleh membawa maut.
  • Tekanan Darah Tinggi (Hypertension) – Faktor utama yang meningkatkan risiko serangan jantung, strok dan kegagalan jantung jika tidak dikawal.

    4. Menguatkan Sistem Imun

    Satu lagi manfaat puasa yang dibuktikan oleh sains ialah

    ia membantu meregenerasi sel darah putih,

    yang memainkan peranan penting dalam sistem imun.

    Proses ini membantu tubuh melawan jangkitan dengan lebih berkesan.

    Selain itu, puasa juga mengurangkan stres oksidatif dan keradangan

    yang boleh melemahkan sistem imun jika tidak dikawal.

     

    5. Mengurangkan Simptom GERD

    GERD bermaksud gastroesophageal reflux disease adalah satu penyakit

    disebabkan asid dan makanan dalam perut yang tertolak semula

    ke saluran esofagus (saluran makanan) menyebabkan berlakunya:

    • Mual
    • Muntah
    • Pedih ulu hati
    • Nafas berbau

      Kajian menunjukkan mereka yang berpuasa dapat mengurangkan penyakit GERD atau pedih ulu hati. Ketika berpuasa, tubuh mengurangkan pengeluaran asid gastrik kerana tiada makanan yang perlu dihadam. Ini membantu mengurangkan risiko refluks asid yang menyebabkan pedih ulu hati

      6. Sihat untuk Otak!

      Puasa bukan sahaja baik untuk tubuh tetapi juga untuk otak.

      Ia membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan

      penghasilan hormon otak BDNF (Brain-Derived Neurotrophic Factor)

      yang berperanan dalam meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran.

       

      Beberapa kajian juga mendapati bahawa;

      Puasa boleh membantu mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer dan Parkinson

      Puasa bukan sekadar amalan yang diperintahkan dalam Islam,

      tetapi juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan

      yang telah dibuktikan secara saintifik.

      Berpuasa terbukti menjadi salah satu cara semula jadi

      untuk meningkatkan kesejahteraan tubuh! 😊

      Tahu sesuatu?

      Anda Juga Mungkin Berminat

      6 KEBAIKAN Berpuasa Untuk Kesihatan Menurut Sains!

      5 Cara Jaga Tulang Belakang Dengan BETUL!

      Avokado – Ini Khasiat & Manfaatnya Ramai Tak Tahu!

      Ketahui 4 MANFAAT Orang Dewasa Perlu Minum Susu Tepung!

      5 Sebab Berat Badan Susah Nak Turun!

      Senaman Berlebihan – Baik Atau Sebaliknya?

      Scroll to Top