Bahaya Cereal Pada Otak

“Aku tengok famili kau kurus kurus jer. Famili aku semua kus semangat.” Ramli mulakan bicara.

Aku dengar. Cuba tekuni ayat berikutnya.

“Aku jaga juga makan. Anak aku tak makan jajan. Tapi apesal anak aku gemuk?” Tambah Ramli lagi.

Aku sebenarnya malas nak ada dialog macam ni. Tengah kusyuk nak habiskan baca buku di tangan.

“Ooi jawab aa. Kau kan selalu cakap pasal makanan.” Ramli terus mendesak.

“Pagi pagi kau bagi cereal ke pada anak-anak kau?” Aku pula soal.

“Ye lah. Sihat apa. Cepat dan senang. Kat kotak pun tulis bagus.”

Jawab Ramli seolah puas hati dengan jamuan sarapan pagi anak-anaknya.

” Ada 3 benda dalam cereal yang ganggu hormon kenyang. Ganggu interaksi otak dan perut.

1. Butylhydroxytoluene (BHT). Diletak untuk elakkan lemau atau cepat masuk angin. Sebab tu rangup jer.

2. Perfluorooctanoic acid (PFOA). Bahan ni ada dalam kuali non stick dan kosmetik. Dikaitkan dengan kanser.

3. Tributyltin (TBT). Ada dalam cat.

Ketiga ini sebabkan anak-anak tak rasa kenyang. Putuskan komunikasi otak dan perut.

Anak-anak terus makan. Tapi tak kenyang kenyang.

Sebab ‘makhluk ghaib’ ni sekat hormon kenyang dari keluar.

dalam tak mahu itu terpanjang pula ceramah aku.

Ramli menyampuk.

“Ha betul la tu. Anak anak aku memang pelahap.

Ingatkan hantu raya ke apa. Rupanya 3 ‘makhluk ghaib’ ni punya angkara.”

“Balik nanti kau semak kat bahagian kandungan. Ada atau tidak jelmaan ‘makhluk ghaib’ di atas.

Kajian di Australia kaitkan 3 kandungan tadi dengan kanser.”

Pesan aku pada Ramli.

“Ai ai bos. Balik aku check. Nanti kau WA ejaan kat aku ye.” Balas Ramli pantas.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0