Sukses Dengan STAR

Ramai dambakan kejayaan. Ramai kepingin sukses. Tiada sangkal lagi. Sukses bukan sekadar kata. Bukan juga retorik. Bukan juga fatamorgana angkara bahang mentari.

Sukses tidak hanya pada sempadan dunia.

la melepasi. Mengatasi dunia. Untuk DUNIA sana. Mari genggam sukses dengan S.T.A.R.

S = Santun: Santuni makhluk di bumi dengan rendah diri. Dengan hormat. Pasti disayangi makhluk dilangit.

Hidup bukan untuk berdada dengan ego. Bukan jalan mendongak. Biar berhemah. Biar tampak berakhlak.

T = Tekun: Apabila bekerja bukan separuh jalan. Bekerja dengan roh. Bekerja dengan hati. Pecah peluh dengan kepuasan.

A = Amanah: Ini jaminan bahagia di dunia sana. Tidak perlu ‘amanah’apabila ada mata melihat. Amanah di saat tiada siapa.

Jujur pada segalanya. Walau di saat tiada yang mendengar dan melihat.

R = Rimbunkan diri dengan ilmu: Usah kecukupan dengan ilmu. Biar terbit dahaga. Biar menggarang rasa lapar untuk ilmu.

Ilmu kunci kepada kehidupan. Masakan boleh hidup tanpa ilmu.

IQRA itu tuntutan untuk menggali ilmu.

Anda Juga Mungkin Berminat

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

6 Kesan Tubuh Kekurangan Nutrisi (Malnutrisi)

Apa Jadi Dekat Tubuh Selepas Larian Maraton?

9 Punca Utama Ramai Gagal Capai BMI Normal

Ada Berapa Kalori Dalam 100g Kekacang?

6 Nutrien Penting Untuk Kulit Sihat Glowing

Scroll to Top