Cerita Bunyi Malam Malam

Cerita bunyi waktu malam.

Haji Zak sudah tidak tahan. Malam menjadi pengeluar bunyi tega

Macam macam bunyi Haji Zak keluarkan.

Bunyi enjin motor boat, lori dan bas silih berganti.

Derita melanda pada sang isteri.

Haji Zak beritahu Hajah tak tahan. Minta Haji buat sesuatu. Haji dapatkan diagnosis.

Disahkan ada sleep apnea – dengkur adalah simptom utamanya. Rawatan diberi.

Haji maklumkan tak selesa pakai topeng beroksigen.

Rimas katanya. Mahu cari alternatif.

12 minggu lepas Haji tanya saya selepas solat Asar.

“Ada petua tak?”‘tanya Haji ringkas.

Bab ini tiada petua. Ada cara alternatif.

Saya gariskan 4 cara pada Haji:

1. Senaman – wajib lakukan.

2. Ambil banana smoothie waktu nak tidur. Haji terkejut.

“Apa tu?”‘soal Haji. Saya senyum.

Pesan pada Haji nanti resepi saya beri pada Abg Jali, anak sulung Haji.

3. Nyanyi, nasyid atau mengaji kuat-kuat. Lagu dan nasyid mesti nada tinggi. Sumbang tak apa.

4. Main alat muzik tradisi orang Aborigines Australia. Namanya Didgeridoo.

“Tergeliat lidah” kata Haji nak sebut perkataan. Haji janji nak cari.

Saya lihat semangat betul Haji. Pesan pada Haji kena buat 12 minggu berturut-turut tanpa culas.

Haji angguk tanda faham.

Petang semalam terserempak Kak Jah isteri Haji Zak. Rupanya dah minggu ke-13.

Saya tanya pada Kak Jah tentang bunyi malam Haji Zak.

Senyum meleret Kak Jah.

“Lega. Alhamdulillah lega betul. Haji dah kurang sangat berdengkur. Sekali sekala. Kak Jah pun boleh tidur lena”

ujar Kak Jah dengan suara penuh ceria.

“Patut nampak muda sikit. Dah dapat tidur yang cukup” usik saya.

Senyum meleret Kak Jah jadinya.

“Kan, nampak lain kan. Banyak orang tegur macam tu”, tambah Kak Jah. Makin ceria bunyinya.

Bahaya SLEEP APNEA ini boleh kecilkan OTAK.

Jatuhkan prestasi OTAK. Ia sebabkan kematian mengejut.

Pendek kata berdengkur bukan sekadar bunyi.

Anda Juga Mungkin Berminat

Kajian Dedah Rahsia Puasa Pada Otak: Otak Jadi Lebih Kuat, Risiko Depresi Turun?

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Puasa Melahirkan Sel Otak Baru: Penemuan Saintifik Ini Buat Ramai Terdiam

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Scroll to Top