Yang Mana Satu? Talent Atau Latihan?

Cerita dua tahun lepas. Berbual dengan pelajar. Santai.

Pelbagai topik dibualkan. Semuanya menyoroti tema BERJAYA dan TALENT.

Semua orang mahu berjaya. Kalau gagal salahkan nasib.

Tuding jari pada keadaan. Antara lain “ kau tak punya talent ”

Saya terangkan. Ketika Mozart naik ke pentas seusia 6 tahun dan bermain piano, hadirin terkesima.

Semua mereka sepakat. Mozart punya talent luarbiasa.

Setelah diperhalusi, talent Mozart bukan hadir sedari dia dalam perut ibunya lagi.

Mozart berlatih seawal usia tiga tahun.

Pelatihnya adalah Leopold Mozart, ayahnya.

Dari 3 hingga 6 tahun Mozart menghabiskan 3500 jam berlatih main piano.

Dalam Buku Genius Explained, Prof dari Exeter University, UK mengatakan Talent terbentuk dari latihan.

Lebih lama kita habis masa berlatih, lebih bagus jadinya.

Kobe Bryant, bekas pemain bola keranjang LA Lakers punyai pendapatan sebanyak $USD680 juta sepanjang dua dekad terlibat dalam sukan ini.

Setiap hari dia habiskan 6 jam berlatih walau pada hari ada pertandingan.

Semasa awal usia dia dikatakan menghabiskan masanya di gelanggang setiap hari.

Jadi Talent bukan hadir sendiri. Ia perlukan latihan. Berjam jam lamanya.

Kalau kita mahu mahir dalam sesuatu, laburkan masa ke arah itu.

Bahagikan masa.

Korbankan hal remeh yang lain.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0