Bagaimana Senaman Panjangkan Usia
Kajian dari jurnal saintifik Progress in Cardiovascular Disease.
Berlari dua jam seminggu panjangkan umur sebanyak 3.2 tahun.
Tidak perlu berlari pantas. Tidak perlu berlari jauh.
5 minit sehari sudah mampu jauhkan penyakit jantung dan kematian mengejut.
Kajian ini diterbitkan beberapa bulan lepas. Masih baharu dan panas.
Pagi ini di sekitar Perumahan terlihat pasangan veteran sedang berjogging.
Tabik pada yang mahu tingkatkan tahap kesihatan.
Kita yang membaca ini bagaimana?
3 Salah Faham Terhadap Senaman
Bersenam bagus. Perlu hari-hari. Diperlukan oleh otak dan tubuh.
Ada 3 mitos tentang senaman:
1. Bersenam boleh kurus.
Bersenam untuk sihat. Kurus itu bonus. Diet perlu diteliti. Rehat dan tidur perlu diamati.
2. Berlari atau jogging itu bersenam.
Ada pelbagai jenis senaman. Mulakan dengan berjalan. Mulakan dengan aktiviti warm up.
Berlari boleh sebabkan sakit tubuh. Otak akan rekod kesakitan. Esoknya otak keluarkan alasan.
Tidak perlu jogging sebab jogging undang kesakitan.
Kita pun berhenti. Senaman jadi projek terbengkalai lagi.
3. Senaman hujung minggu dah memadai.
Senaman seperti makan. Selagi kita makan selagi itu perlu bersenam. Perlu sokmo sokmo.
Mulakan sedikit. Biar berterusan.
Mulakan dengan pasangan. Akan ada sokongan.
Boleh boleh?