Tidur & Musim Panas ! 3 Tips Ini Akan Bantu Anda

Sekarang ini musim panas di semenanjung.

Di Sarawak masih ada hujan di sana sini.

Panas boleh mengganggu tidur.

Bertugas di Canberra Sleep Laboratory, Australia mendiagnos masalah tidur mengingatkan saya tentang betapa kadang-kadang kita ambil mudah tentang tidur.

Tidur selalu menjadi mangsa bila ada kerja tambahan atau ujian bagi pelajar.

Tidur dikurangkan. Kesannya mendalam. Terutama pada otak.

Dapat mesej bertanyakan bagaimana nak dapatkan tidur semasa musim panas ini.

Susah lena di malam hari mungkin juga disebabkan cara pemakanan.

Perhatikan ini.

Makanan dan minuman berikut boleh bantut tidur:

i. Makanan tinggi lemak. Burger dan makanan bergoreng masuk dalam kategori ini.

ii. Makanan pedas. Perlu ambil 4 jam sebelum tidur.

iii. Makanan tinggi protein seperti daging. Ada Tyrosine. Sebabkan otak menjadi aktif.

Tiga Tips Untuk Tidur Musim Panas:

1- Ambil wudhuk sebelum tidur.

Ya, ini sunnah nabi Muhammad SAW yang dituntut.

Dalam Sains Tidur, wudhuk adalah hidroterapi.

Tujuannya ialah menurunkan suhu badan.

2- Tidur apabila rasa mengantuk mula mengintai.

Usah baring andai belum ada rasa mengantuk

3- Bangun dari perbaringan andai lebih dari 20 minit belum mampu tidur.

Panas tilam menyukarkan lagi tidur.

Selamat mencuba.

Anda Juga Mungkin Berminat

Awas! Minuman Bertenaga Bukan Sekadar Penyegar Dahaga

Sakit Tekak Tak Hilang? Ini 7 Cara Cepat Legakan & Redakan Batuk Tanpa Bergantung Ubat!

Brain Fog: Penyakit Senyap yang Mungkin Sedang Merosakkan Produktiviti Anda Sekarang

Probiotik: Bakteria Baik Yang Jaga Usus & Kuatkan Imun Anda Dari Dalam

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Scroll to Top