Mata Lalat Atau Mata Lebah ?

Apabila memiliki barang baru, seronok rasa hati.

Kereta yang baru dibeli, malamnya diselimuti. Setiap masa diperhati.

Masuk ke dalamnya berhati-hati.

Khuatir membawa pasir dan tanah ke dalam kereta. Ada yang meletak suratkhabar.

Ada yang mengelap cermin andai terlihat kesan cap jari.

Pendek kata yang baru dijaga. Yang baru dibelai. Tetapi tidak bertahan lama.

Ada tarikh luput penjagaan. Selepas beberapa bulan atau tahun. Kereta itu sudah jadi kereta biasa.

Begitu juga dengan kita manusia. Hubungan kita dengan pasangan. Semuanya indah di permulaan.

Ikut kajian, lahir sahaja anak, hubungan suami isteri berubah.

Kurang lagi ‘kehangatan’. Lahir anak yang berikutnya, hubungan lebih hambar dan berbentuk rutin.

Kenapa jadi begitu? Tanya pada sang dopamine. Kenapa sepi menyembunyi diri.

Dopamin akan keluar berkenduri andai kita menjadi mata lebah.

Mata lebah sentiasa mencari kecantikan dan keindahan pada pasangan. Kita akan bahagia.

Hubungan dengan pasangan menjadi rapat.

Kehangatan kembali. Kajian mengatakan manusia lebih tenang.

Hilang bahasa tension di mulut. Senyuman mula terukir. Gurau senda bertandang kembali.

Itu kerja dopamin. Mahu membahagiakan si pemiliknya.

Banyaknya di Ventral Tagmental Area (VTA). VTA dikaitkan dengan kawasan reward dan motivasi.

Usah kita menjadi mata lalat. Hanya mencari yang buruk pada pada pasangan. Mata lalat menghilangkan dopamin.

Mata lalat meningkatkan homocystein. Hormon stres. Berlaku keradangan dalam badan.

Mata lalat penyebab kepada Temporal Lobe bahagian kiri kurang aktif. Kita jadi cepat marah. Cakap dengan pasangan dengan nada suara tinggi.

Mata lebah akan panjangkan usia. Kesihatan badan terpelihara. Kesihatan maju jaya.

Mahu bahagia cari di dalam. Lebih mudah. Sudah ada neural path di dalam otak.

Neural path umpama jalan lama yang ditinggalkan. Cuma perlu diturap. Diganti lampu jalan dan dicat.

Lebih sukar membina jalan baru. Banyak kosnya. Tidak terbilang cabarannya

Membina hubungan dengan orang luar sama seperti membina jalan baru.

Risikonya besar. Hubungan baru kuatnya mungkin hanya senipis kulit bawang.

Tinggikan dopamin dengan orang dalam. Dengan pasangan sedia ada.

Lakukan Tiga perkara berikut:

1. Senaraikan 10 kebaikan pasangan. Besarkan kebaikan itu sepuluh kali ganda.

Apa yang kita lihat. Gandakan.

Perkataan manis yang kita dengar. Gandakan. Perasaan yang muncul dari kebaikan itu, gandakan.

2. Rehat sebentar di dalam kenderaan ketika mahu pulang ke rumah dan ketika mahu masuk ke rumah.

Ulang kembali kebaikan. Pilih 3 kebaikan dari senarai 10. Gandakan.

3. Tarik nafas dalam-dalam. Tahan nafas sebentar. Hembuskan melalui mulut.

Semasa menarik nafas masukkan imej wajah pasangan dengan senyumannya yang paling manis.

Semasa menghembus nafas, kembalikan ingatan pada wajah kita membalas senyuman manis itu.

Lakukan sebanyak lima kali. Selesai start kenderaan dan jalan. Selesai turun dari kenderaan.

Masuk ke rumah dengan ucapan salam dan basmalah.

Selamat mencuba.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0